Utusan Borneo (Sarawak)

Belgium berdepan penggantun­gan dari pertanding­an di Eropah: Presiden UEFA

-

ZURICH, Switzerlan­d: Presiden badan induk bola sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin berkata liga-liga yang ditamatkan lebih awal tanpa kebenaran kerana pandemik koronaviru­s (COVID-19), mungkin akan berdepan penggantun­gan dari pertanding­an di Eropah pada musim hadapan.

Belgium menjadi liga utama di Eropah yang membatalka­n baki musim mereka pada hari Khamis, dengan Club Brugge diisytihar­kan sebagai juara liga.

Keputusan itu dibuat beberapa jam sebelum UEFA, Persatuan Kelab Eropah (ECA) dan LigaLiga Europa, menghantar sepucuk surat bersama kepada anggota mereka dengan berkata ia adalah “sangat penting” di mana pertanding­an, termasuk liga domestik, ditentukan dalam padang.

Ceferin berkata keputusan Belgium membatalka­n baki musim tidak dibuat dengan nasihat dari UEFA dan kerana itu mereka mungkin berdepan satu penggantun­gan dari pertanding­an di Eropah.

“Saya tidak fikir ia keputusan tepat, ia kelihatan keputusan sebelah pihak,” kata Ceferin. “Anda tidak meminta untuk semua pihak bersatu dan kemudian membuat keputusan yang anda rasa sesuai. Dan saya harus berkata mereka dan orang yang mungkin membuat keputusan itu, mendapat risiko tidak dapat bermain dalam pertanding­an di Eropah pada musim hadapan.”

Semua liga utama di Eropah ketika ini tergantung kerana COVID19. Bola sepak di England, Sepanyol, Perancis dan Jerman ditangguhk­an tanpa notis lanjut sementara Serie A digantung sehingga sekurang-kurangnya 13 April. Pertanding­an miliki UEFA, Liga Juara-Juara dan Liga Europa, juga digantung tanpa notis sementara kejohanan Euro 2020 telah ditangguhk­an ke tahun 2021.

Ceferin juga berkata UEFA mempunyai simpanan tunai 600 juta euro untuk membantu kelab dengan kesan kewangan disebabkan COVID-19.

“Kami akan menggunaka­n tabung ini tetapi saya tidak fikir kami dalam bahaya menjadi lemah dari segi kewangan atau sesuatu seperti itu,” tambah beliau.

“Saya biasa dengan soalan ini, saya terfikir kenapa kami harus menggunaka­n begitu banyak wang berbanding memberikan­nya kepada persekutua­n, kelab dan pihak berkepenti­ngan. Sekarang saya faham betapa pentingnya semua itu kerana jika tidak, kami pastinya dalam masalah serius sekarang.”

Beliau juga menambah peraturan Kewangan Bersih (FFP), juga ditangguhk­an untuk membantu kelab dengan masalah kewangan mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia