Utusan Borneo (Sarawak)

Harimau di zoo New York diuji positif COVID-19

Penjaga yang tidak menunjukka­n simptom didapati menjangkit­i haiwan di Zoo Bronx

-

NEW YORK: Seekor harimau di Zoo Bronx, New York, telah diuji positif bagi COVID-19, kata institusi itu kelmarin, dipercayai dijangkiti virus itu daripada penjaga yang tidak menunjukka­n sebarang gejala ketika itu.

Harimau Malaya berusia empat tahun bernama Nadia itu bersama adiknya Azul, dua ekor harimau dan tiga ekor singa Afrika semuanya mengalami batuk kering dan dijangka pulih sepenuhnya, Persatuan Pemulihara­an Hidupan Liar yang mengurus zoo di kota raya itu menyebut dalam satu kenyataan.

“Kami memeriksa kucing itu kerana mahu berjagajag­a dan akan memastikan sebarang pengetahua­n yang kami perolehi tentang COVID-19 akan menyumbang kepada kefahaman dunia yang berterusan tentang koronaviru­s baharu ini,” kenyataan yang diberikan kepada AFP itu menyebut.

“Walaupun mereka mengalami sedikit penurunan selera makan, kucing-kucing di Zoo Bronx baik-baik sahaja di bawah penjagaan veterinar dan ceria, cergas dan berinterak­si dengan penjaga mereka,” kenyataan itu menambah.

“Ia tidak diketahui bagaimana penyakit ini akan berkembang dalam kucing besar kerana spesies berlainan boleh bertindak berlainan kepada jangkitan baharu, tetapi kita akan terus memantau mereka dengan dekat dan menjangkak­an pemulihan sepenuhnya.”

Keempat-empat zoo dan akuarium di New York di mana bilangan kematian akibat virus berkenaan sudah mengatasi 4,000 sudah ditutup sejak 16 Mac lalu.

Zoo itu menegaskan tiada bukti menunjukka­n haiwan memainkan peranan dalam penyebaran COVID-19 kepada manusia selain peristiwa awal di pasar Wuhan, dan tiada bukti menunjukka­n orang telah dijangkiti COVID-19 di AS oleh haiwan, termasuk kucing atau anjing peliharaan.

Pegawai kawalan penyakit di China mengenal pasti haiwan liar yang dijual di sebuah pasar di Wuhan sebagai punca pandemik koronaviru­s yang sudah menjangkit­i lebih sejuta manusia di seluruh dunia.

Menurut laman sesawang Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (AS), tiada laporan diterima mengenai haiwan peliharaan atau binatang lain di AS yang jatuh sakit kerana koronaviru­s sebelum berita mengenai sang harimau Nadia.

“Ia masih disyorkan agar orang yang sakit COVID-19 membataska­n kontak dengan haiwan sehingga lebih banyak maklumat diketahui tentang virus itu,” kata laman sesawang itu.

Pada hujung Mac lepas, seekor kucing peliharaan didapati dijangkiti koronaviru­s baharu itu di Belgium, yang menyusuli kes sama di Hong Kong di mana dua ekor anjing diuji positif bagi COVID-19.

Semua haiwan tersebut dipercayai mendapat virus itu daripada orang yang tinggal bersama mereka.

Zoo Bronx berkata langkah pencegahan dilaksanak­an bagi penjaga serta semua kucing di zoo-zoo di kota raya itu. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? POSITIF COVID-19: Gambar serahan Persatuan Pemulihara­an Hidupan Liar Zoo Bronx kelmarin menunjukka­n Nadia yang dijangkiti novel koronaviru­s.
— Gambar AFP POSITIF COVID-19: Gambar serahan Persatuan Pemulihara­an Hidupan Liar Zoo Bronx kelmarin menunjukka­n Nadia yang dijangkiti novel koronaviru­s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia