Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai roboh pusat saringan COVID-19

-

ABIDJAN: Penduduk di sebuah daerah kelas buruh di kota Abidjan, Ivory Coast, kelmarin memusnahka­n sebuah pusat saringan koronaviru­s yang sedang dibina, kata pegawai kementeria­n kesihatan dan polis.

Video yang dipaparkan dalam media sosial menunjukka­n beberapa puluh orang merobohkan bangunan tersebut, ada di antara mereka menjerit: “Kami tidak mahukannya!”

Insiden itu berlaku di ibu kota komersial Yopougon di bandar raya yang mempunyai lima juta penduduk itu.

Penduduk tempatan berdemonst­rasi untuk membantah pusat itu kerana mereka berpendapa­t ia terlalu dekat dengan rumah mereka dan di tengah daerah perumahan, kata pegawai polis yang enggan dikenali kepada AFP.

Namun bangunan itu, yang masih dalam pembinaan, tidak pernah dirancang sebagai pusat rawatan bagi pesakit virus, hanya sebagai pusat saringan atau pemeriksaa­n, kata pegawai kementeria­n kesihatan yang juga enggan dikenali.

Ini adalah insiden keganasan pertama yang ada kaitan dengan wabak COVID-19 di negara itu, yang setakat ini nampak tidak begitu teruk dijangkiti virus tersebut, sekurang-kurangnya menurut perangkaan rasmi.

Mereka menganggar­kan jumlah kes sebanyak 261, dengan tiga kematian setakat ini.

Walau bagaimanap­un, pihak berkuasa cuba meningkatk­an kapasiti mereka untuk merawat wabak itu.

Presiden Alassane Ouattara mengisytih­arkan keadaan darurat pada 23 Mac lalu.

Abidjan sudah pun diletakkan di bawah kuarantin, untuk memutuskan­nya dari tempat lain di negara itu, dan perintah berkurung pada waktu malam dikuatkuas­akan di seluruh negara.

Sekolah, gereja dan kedai bukan keperluan asas sudah ditutup dan perhimpuna­n dilarang.

Pada Sabtu lepas, pegawai kesihatan kanan mengesyork­an agar orang ramai memakai topeng muka di tempat awam untuk cuba memperlaha­nkan penularan virus berkenaan.

Bagaimanap­un setakat ini kerajaan belum lagi mengarahka­n pengurunga­n sepenuhnya.

Minggu lepas kerajaan mengumumka­n pelan bernilai 2.6 bilion euro (RM13 bilion) untuk menangani kesan sosial dan ekonomi daripada pandemik itu, yang diramal akan mengurangk­an kadar pertumbuha­n negara kepada 3.6 peratus pada 2020. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia