Utusan Borneo (Sarawak)

RUANG PEMAIN MUDA TIMBA PENGALAMAN

Empat pemain muda skuad Piala Presiden diserapkan masuk ke dalam pasukan senior Kuching FA musim ini

- Oleh Rusnan Mustafa

Mereka harus menggunaka­n peluang berlatih bersama pemain-pemain senior dengan sebaiknya.

Firdaus Morshidi

KUCHING: Empat pemain muda dari skuad Piala Presiden diserap masuk ke kem senior, Kuching FA dalam persiapan pasukan itu menghadapi Liga Perdana Malaysia yang dijadualka­n bermula kembali September nanti.

Mereka ialah Haziq Rahimi Iskandar (pertahanan), Diego Baggio Test (tengah), Amir Amri Salleh (penyerang) dan Amirul Iqmal Bolhi (penyerang).

Penolong Jurulatih Piala Presiden Kuching FA, Firdaus Morshidi berkata ia satu kebanggaan buat pengurusan Kuching FA apabila empat pemain muda dari skuad Piala Presiden diserap ke dalam skuad senior ketika ini.

“Pengurusan bersetuju menyerap empat pemain muda itu memandangk­an saingan Piala Presiden 2020 ditamatkan akibat penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran

Penolong Jurulatih Piala Presiden Kuching FA

pandemik COVID-19.

“Justeru, saya percaya tiada masalah bagi mereka menyesuaik­an diri dalam skuad senior Kuching FA,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Bagaimanap­un, Firdaus memberitah­u tampak sukar untuk empat pemain muda itu merebut tempat dalam barisan utama memandangk­an pemain senior yang ada adalah berpengala­man.

Namun, katanya, apa yang penting pemain-pemain muda terbabit harus menggunaka­n peluang yang ada untuk memperbaik­i prestasi masing-masing.

“Mereka harus menggunaka­n peluang berlatih bersama pemain-pemain senior dengan sebaiknya.

“Inilah masa terbaik bagi mereka untuk meningkatk­an prestasi masing-masing selain mendapat pengalaman berharga daripada pemainpema­in berpengala­man,” jelasnya.

Skuad Kuching FA sudahpun menyambung semula sesi latihan seperti biasa selepas semua pemain dan pegawai pasukan itu bebas daripada COVID-19 serta mendapat kebenaran daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Sesi latihan dibahagi kepada beberapa kumpulan berpanduka­n kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KHIDMAT DIPERLUKAN: Penyerang muda, Amir Amri Salleh (kiri) kini diserapkan dalam skuad Kuching FA.
KHIDMAT DIPERLUKAN: Penyerang muda, Amir Amri Salleh (kiri) kini diserapkan dalam skuad Kuching FA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia