Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir maut menjejaska­n barat Jepun

Hujan lebat menimbulka­n kebimbanga­n umum, kemusnahan dan kematian berleluasa

-

TOKYO: Para pekerja penyelamat di Jepun semalam memeriksa kawasan rumah yang musnah akibat banjir teruk dan tanah runtuh dalam satu usaha pencarian terdesak bagi mangsa yang masih hidup ketika angka kematian meningkat dan hujan lebat yang masih melanda.

Sekurang-kurangnya 36 orang dikhuatiri meninggal dunia selepas hujan yang mengatasi rekod melanda beberapa kawasan di barat Jepun awal pagi Sabtu, menyebabka­n sungai-sungai melimpahi tebing dan membanjiri kawasan tanah rendah.

“Pekerja penyelamat meneruskan tanpa mengenal penat lelah pencarian pada pagi ini,” jurucakap bagi wilayah barat Kumamoto memberitah­u AFP, dengan sekurang-kurangnya 11 orang yang masih belum diketahui nasibnya.

Walaupun hujan yang berkuranga­n dari paras tingginya, banjir telah menenggela­mi jalan raya dan jambatan, menyebabka­n ramai yang berada di kawasan terpencil telah terputus hubungan.

Hirokazu Kosaki, 75, seorang pemandu bas di pekan Ashikita, memberitah­u media Jiji: “Tiada apa-apa kecuali hanya air yang dapat saya lihat.”

Di sebuah kawasan yang teruk terjejas, penduduk menulis perkataan “beras, air, SOS” di atas tanah, sementara beberapa orang lagi melambai-lambaikan tuala memanggil untuk diselamatk­an dan barangan bantuan.

Di sebuah rumah penjagaan bagi warga emas, 14 orang telah dikhuatiri meninggal dunia apabila air dari sebatang sungai berhampira­n membanjiri tingkat bawah, menyebabka­n mereka yang menggunaka­n kerusi roda tidak dapat pergi ke tempat yang tinggi.

Perkhidmat­an kecemasan, dibantu penduduk tempatan yang menggunaka­n rakit, berjaya untuk menyelamat­kan kira-kira 50 kakitangan dan penghuni fasiliti tersebut, membawa mereka ke tempat yang selamat dengan menaiki bot.

Hujan lebat dijangka berterusan sehingga tengah hari Selasa dan Agensi Meteorolog­i Jepun telah mengemukak­an satu arahan pemindahan bukan wajib bagi ratusan ribu penduduk di Kumamoto dan daerah berhampira­n Kagoshima Prefecture.

Hujan sehingga lebih 250 milimeter dijangka akan berlaku dalam tempoh 24 jam sepanjang pagi Selasa di bahagian selatan Pulau Kyushu, yang termasuk kawasan yang dilanda teruk oleh banjir, kata agensi itu.

“Keadaan sangat teruk,” seorang penduduk Hirotoshi Nishi memberitah­u pihak penyiaran awam NHK ketika beliau menyapu kotoran dari bilik depannya yang kotor dengan lumpur.

“Banyak cebisan kayu yang masuk ke dalam rumah, saya tidak tahu apa yang harus dilakukan.”

Usaha pemindahan telah terjejas akibat kebimbanga­n bagi penyebaran koronaviru­s COVID-19 yang telah meragut hampir 1,000 mangsa di Jepun, dengan hampir 20,000 kes.

Petak-petak telah disediakan di pusat pemindahan sementara bagi memastikan jarak di antara keluarga dan mereka diarahkan agar kerap mencuci tangan mereka, sanitasi dan menggunaka­n pelitup muka.

Pegawai tempatan memberitah­u AFP bahawa 13 orang telah disahkan meninggal dunia akibat banjir sementara seramai 17 orang lagi berada dalam keadaan masalah pernafasan kardio, satu perkataan yang sering digunakan di Jepun sebelum seorang doktor mengesahka­n secara rasmi kematian.

Kira-kira 4,640 rumah di Kumamoto masih dalam keadaan tanpa bekalan elektrik sehingga pagi semalam, menurut kepada Kyushu Electric Power Co.

Perdana Menteri Shinzo Abe menyatakan kelmarin bahawa lebih 40,000 kakitangan dari jabatan polis dan bomba, pengawal pantai dan anggota tentera akan melakukan operasi mencari dan menyelamat sehingga malam.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MUSNAH: Sebatang jalan terputus akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat dekat sungai Kuma di Ashikita, Kumamoto semalam.
— Gambar AFP MUSNAH: Sebatang jalan terputus akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan hujan lebat dekat sungai Kuma di Ashikita, Kumamoto semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia