Utusan Borneo (Sarawak)

REMAJA MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG DENGAN MPV

-

KUCHING: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggang­inya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kampung Mundai, Jalan Padawan malam Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang merupakan pekerja kilang, dikenali sebagai Winston Keyon, 18, beralamat di Kampung Subang, Jalan Padawan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan berlaku sekitar jam 8.10 malam (Ahad) di Kampung Mundai, Jalan Padawan melibatkan sebuah MPV yang dipandu seorang wanita, 41, dengan sebuah motosikal yang ditunggang mangsa.

“Insiden ini berlaku semasa mangsa yang sedang bergerak lurus menuju ke arah Kuching dipercayai telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentang­an sebelum melanggar bahagian hadapan MPV yang datang dari arah bertentang­an,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, akibat perlanggar­an tersebut mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Perubatan Hospital Umum Sarawak.

Sementara itu, kata Alexson, pemandu MPV terbabit bagaimanap­un tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, beliau memberitah­u, kenderaan terlibat dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk pemeriksaa­n PUSPAKOM dan Jabatan Kimia.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutny­a,” tambahnya.

Tegasnya lagi, kes masih dalam siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? REMUK: Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan.
REMUK: Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia