Utusan Borneo (Sarawak)

DUN Kakus tidak ketinggala­n dalam arus pembanguna­n

-

TATAU: Pembanguna­n prasarana serta infrastruk­tur rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus akan terus diberikan keutamaan dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap rakyat khususnya yang tinggal di luar bandar menikmati kemudahan asas yang baik sebagaiman­a penduduk di kawasan bandar.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai berkata, antara projek bantuan yang menjadi keutamaan untuk penduduk setempat pada masa sekarang ialah bekalan elektrik dan air termasuk jalan raya menuju ke setiap perkampung­an atau rumah panjang.

“Antara keperlan lain yang diperlukan penduduk ialah bantuan bahan pembinaan serta membaik pulih rumah panjang yang baharu termasuk bantuan meratakan tapak rumah panjang yang baharu,” ujar beliau.

Sikie berkata demikian sebagai mengulas mengenai program lawatan kerja beliau ke kawasan Ulu Anap dan Selitut, kelmarin.

Turut serta dalam program lawatan berkenaan ialah Pegawai Tadbir Daerah Tatau Calvin Ligong.

Antara rumah panjang yang sempat dilawati Sikie ialah Rumah Wan, Rumah Kelisop, Rumah Salleh, Rumah Saran, Rumah Dilang dan Rumah Satan di Ulu Anap, Rumah Jana di Muput

dan Rumah Sengalang di Selitut.

“Lawatan yang diketuai saya sendiri ini secara tidak langsung akan membolehka­n saya mendengar atau mengetahui sendiri akan permasalah­an penduduk dan keperluan semasa penduduk di kawasan DUN Kakus,” ujarnya.

Beliau menambah, projek itu nanti akan dilaksana serta disalurkan melalui Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP), Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Projek Penambahba­ikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) yang diberikan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang banyak membantu penduduk rumah panjang di negeri ini.

 ??  ?? TURUN PADANG: Sikie ketika melawat ke Rumah Sengalang di Selitut yang sedang dalam proses pembinaan.
TURUN PADANG: Sikie ketika melawat ke Rumah Sengalang di Selitut yang sedang dalam proses pembinaan.
 ??  ?? LAWATAN: Ting (kanan) dan Ong (kiri) meninjau sesi pembelajar­an maya menggunaka­n Google Classroom.
LAWATAN: Ting (kanan) dan Ong (kiri) meninjau sesi pembelajar­an maya menggunaka­n Google Classroom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia