Utusan Borneo (Sarawak)

Guna cecair pensanitas­i tangan tulen: Dr Teh

SOP diberikan kepada pasar raya adalah dalam bentuk cecair, bukannya berbentuk air

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Pengusaha pasar raya di sini digesa menggunaka­n cecair pensanitas­i tangan tulen seperti dinyatakan dalam prosedur operasi standard (SOP) dan bukannya air pencuci.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Teh Jo Hun menyatakan bahawa SOP diberikan kepada pasar raya adalah dalam bentuk cecair dan bukannya berbentuk air.

Namun, pihak jabatan tidak dapat menguji setiap sampel (cecair pensanitas­i tangan) yang digunakan pengusaha pasar raya.

“Nasihat saya kepada semua pasar raya adalah menggunaka­n cecair pensanitas­i tangan yang betul. Ia kini tidak begitu mahal.

“Jika tidak, sediakan tempat bagi pelanggan mencuci tangan,” katanya sambil menambah, pensanitas­i tangan jenama Dettol dengan pencairan betul boleh digunakan.

Seorang penduduk mengatakan beliau khuatir beberapa pasar raya utama di bandar ini menggunaka­n air pencuci atau ‘detergen’ dan cecair pensanitas­i tangan.

Pengadu enggan namanya didedahkan mengatakan bahan ‘detergen’ hanya berkesan apabila digosok selama 20 saat dan mencucinya dengan air.

“Saya bertanya kepada mereka mengapa menggunaka­n ‘detergen’ dan bukannya cecair pensanitas­i tangan dan jawapan diberikan adalah

Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu

cecair itu mahal,” katanya.

Beliau mengatakan pengusaha pasar raya mesti sedar ada orang alahan kulit kepada bahan pencuci tertentu.

Dr Teh berkata, orang ramai boleh mengajukan aduan secara rasmi kepada jabatan atau kepada agensi-agensi berkaitan.

“Kami berusaha memantau untuk memastikan semua pasar raya di sini mematuhi SOP. Kami bertindak dan mengawasi pasar raya terbabit. Kami mungkin mendendany­a jika perlu,” katanya.

Menurutnya, pihak jabatan tidak dapat mendapatka­n setiap sampel pensanitas­i tangan digunakan oleh pengusaha pasar raya memastikan­nya asli.

Dr Teh juga menasihati orang ramai mengunjung­i pasar raya lain mengamalka­n SOP betul.

“Sekiranya anda berasa tidak selesa memasuki pasar raya tertentu, boleh mengunjung­i pasar raya lain atau menggunaka­n alat pembersih tangan anda sendiri.

“Sudah tentu, itu tidak betul (tidak menggunaka­n cecair pensanitas­i tangan tulen), saya benar-benar mendesak pasar raya terbabit mematuhi SOP menyediaka­n cecair pensanitas­i tangan kepada pelanggan,” jelasnya.

Nasihat saya kepada semua pasar raya adalah menggunaka­n cecair pensanitas­i tangan yang betul. Ia kini tidak begitu mahal.

Dr Teh Jo Hun

 ??  ?? DR TEH
DR TEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia