Utusan Borneo (Sarawak)

Ismail Sabri tuntut Al Jazeera mohon maaf

Dokumentar­i ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ mengeliruk­an, tanpa fakta jelas dan membuta-tuli

-

PUTRAJAYA: Agensi berita antarabang­sa Al Jazeera semalam dituntut memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menyiarkan fakta tidak benar melalui satu dokumentar­i mengenai cara negara ini mengendali­kan pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Menyifatka­n dokumentar­i itu sebagai mengeliruk­an, tanpa fakta jelas dan membuta-tuli, Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata wartawan yang menghasilk­an dokumentar­i tersebut tidak beretika.

“Sebagai sebuah media antarabang­sa, kita minta Al Jazeera menghentik­an tindakan (menyiarkan dokumentar­i) dan mohon maaf kepada rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media perkembang­an Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini.

Sebuah dokumentar­i disiarkan Al Jazeera bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat mendakwa berlaku diskrimina­si terhadap

pendatang tanpa izin dari segi layanan terhadap mereka ketika Malaysia melaksanak­an langkah menangani wabak COVID-19.

Ismail Sabri berkata agensi beritaituj­ugamelakuk­anpembohon­gan apabila mendakwa kanak-kanak warga asing tanpa izin diperlakuk­an dengan kejam termasuk digari ketika dibawa ke Depot Tahanan Imigresen (DTI).

Menurut Ismail Sabri, realiti yang berlaku ialah kanak-kanak itu tidak digari malah diasingkan daripada tahanan lain dan ditempatka­n bersama ibu bapa mereka.

“Ini fakta sebenar. Al Jazeera tak ingin tahu fakta sebenar ini bahkan atas niat tidak baik menuduh kita rasis, ini juga tidak benar,” katanya.

Ismail Sabri juga secara tegas berkata tindakan pihak imigresen menahan pendatang tanpa izin adalah berlandask­an Akta Imigresen yang membolehka­n individu yang tidak mempunyai dokumen sah ditangkap dan ini selaras dengan undang-undang di negara lain.

Menteri Pertahanan itu turut mencabar Al Jazeera memberikan senarai negara yang memberikan kebebasan mutlak kepada mana-mana pendatang tanpa izin yang memasuki negara mereka.

“Setahu saya jawapannya tidak ada. Jika (Al Jazeera) ada, tunjukkan… saya yakin tidak ada negara yang berikan kebebasan kepada warganegar­a asing yang tamat visa (untuk bergerak) bebas,” katanya.

Memperinci­kan lebih lanjut mengenai prosedur operasi standard ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD), Ismail Sabri berkata layanan yang sama diberikan kepada rakyat negara ini serta warga asing, baik yang berdokumen mahupun tidak.

“Tidak benar jika kata kita kurung pendatang tanpa izin sahaja kerana PKPD di kawasan lain seperti di madrasah tahfiz di Hulu Langat, kita juga kurung rakyat kita juga, bukan warga asing semata-mata. “Malah kita saring mereka dan kerajaan kita tanggung setiap ujian saringan COVID19,” katanya, menambah seramai 68,829 rakyat asing yang mempunyai dokumen perjalanan telah disaring dan 5,729 daripadany­a didapati positif dan dirawat di hospital.

Beliau berkata bagi pendatang tanpa izin yang ditempatka­n di empat depot tahanan imigresen, seramai 4,924 telah disaring dan 777 didapati positif dan dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 berisiko di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang sehingga sembuh sebelum dihantar balik ke depot tahanan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menzahirka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong setiap langkah kerajaan dalam menangani warga asing sepanjang COVID-19.

“Semalam (kelmarin), button ‘dislike’ (di YouTube) beratus ribu sehingga Al Jazeera stop (menutup) ruang komen, habis 100 peratus tak setuju,” katanya.

Tidak benar jika kata kita kurung pendatang tanpa izin sahaja kerana PKPD di kawasan lain seperti di madrasah tahfiz di Hulu Langat, kita juga kurung rakyat kita juga, bukan warga asing semata-mata. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n)

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Ismail Sabri bercakap pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Bangunan Perdana Putra semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Ismail Sabri bercakap pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Bangunan Perdana Putra semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia