Utusan Borneo (Sarawak)

Peguam kanan persekutua­n didakwa meminta rasuah

Upah untuk mempengaru­hi Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang

-

BUTTERWORT­H:Seorang peguam kanan persekutua­n semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sini atas dua pertuduhan meminta rasuah pada Mac dan Jun lepas.

Lim Cheah Yit, 42, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah ke atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa secara rasuah meminta sendiri suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM500,000 daripada Goh Kim Heong sebagai suatu dorongan untuk mempengaru­hi Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang bagi menuduh Chan Eng Leong di mahkamah atas kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bilik 801, sebuah pusat karaoke di Gurney Paragon pada 8 Mac, kira-kira jam 7 malam.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa secara rasuah meminta sendiri suatu suapan iaitu wang tunai RM100,000 daripada Goh sebagai suatu upah supaya melakukan perkara untuk mempengaru­hi Pengarah Pendakwaan Pulau

Pinang bagi menuduh Chan di mahkamah atas kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di AC Hotel Penang, 213 Jalan Bukit Jambul pada 1 Jun, lebih kurang jam 12.19 tengah hari.

Kedua-dua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah butiran palsu yang dapat dinilai atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar dan Fairos Danial Mazlan menawarkan jumlah jaminan RM50,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Bagaimanap­un, peguam Lim, Ang Chun Pun merayu jumlah jaminan dikurangka­n kerana tertuduh merupakan pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan tiada alasan untuk melarikan diri.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM20,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri di pejabat SPRM Putrajaya sebulan sekali.

Hakim Noor Aini turut menetapkan tarikh 17 Ogos sebagai tarikh sebutan semula.

 ?? — Gambar Bernama ?? RASUAH: Peguam kanan persekutua­n Lim, (bertopi) dihadapkan di Mahkamah Sesyen dekat Butterwort­h, semalam, atas dua pertuduhan meminta rasuah pada Mac dan Jun lepas.
— Gambar Bernama RASUAH: Peguam kanan persekutua­n Lim, (bertopi) dihadapkan di Mahkamah Sesyen dekat Butterwort­h, semalam, atas dua pertuduhan meminta rasuah pada Mac dan Jun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia