Utusan Borneo (Sarawak)

Dua parah, tujuh cedera, pacuan empat roda dan MPV bertembung

-

KEPALA BATAS: Dua penumpang wanita termasuk seorang warga emas cedera parah manakala tujuh lagi cedera apabila dua buah kenderaan bertembung di Jalan Permatang Tiga, dekat sini, pada jam 11.15 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian itu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D’Max yang datang dari arah Kepala Batas, telah hilang kawalan dan memasuki lorong bertentang­an sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang datang dari arah persimpang­an lampu isyarat

Sungai Lokan.

“Mangsa wanita yang cedera parah merupakan penumpang MPV, masingmasi­ng berusia 37 dan 70 tahun. Penumpang hadapan cedera di bahagian kaki dan muka sementara warga emas cedera pada kedua-dua kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, pemandu pacuan empat roda, merupakan seorang kontraktor, 29, yang memandu berseorang­an mengalami kecederaan pada bahagian dada dan kepala manakala pemandu lelaki MPV, 40, patah kaki kanan.

Noorzainy berkata, lima lagi mangsa penumpang MPV yang cedera ringan termasuk empat kanak-kanak berusia antara dua dan 10 tahun serta seorang wanita berusia 29 tahun.

Katanya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan, manakala mangsa yang cedera parah dirawat di Zon Merah hospital sama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut diminta menghubung­i Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU di talian 018-288 1424 atau Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik IPD SPU di talian 04-574 1427 atau mana-mana balai polis berhampira­n.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkut­an Jalan 1987. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia