Utusan Borneo (Sarawak)

Mane bantu Liverpool kekalkan buruan cipta rekod baharu

Menewaskan Aston Villa 2-0 untuk kembalikan kelebihan 23 mata di singgahsan­a liga berbanding Manchester City

-

LONDON, England: Sadio Mane membantu Liverpool mengekalka­n buruan mencipta rekod baharu mata dalam Liga Perdana Inggeris sebagai juara liga selepas menewaskan Aston Villa 2-0 untuk mengembali­kan kelebihan 23 mata di singgahsan­a liga berbanding Manchester City, yang tewas mengejut di Southampto­n pada Ahad.

Hanya beberapa hari selepas City membelasah Liverpool 4-0 pada satu perlawanan yang tidak penting selepas Liverpool mengesahka­n kejuaraan liga beberapa hari sebelum itu, kedua-dua pasukan menunjukka­n kenapa ada jurang mereka ketika Liverpool memenangi kejuaraan liga yang pertama mereka dalam tempoh 30 tahun dengan mudah.

Liverpool bagaimanap­un tidak beraksi di tahap terbaik mereka pada perlawanan pertama sebagai juara liga di Anfield tetapi masih mampu mengutip tiga mata penuh seperti yang biasa mereka lakukan pada musim ini pada 20 minit terakhir permainan.

Mane memecah kebuntuan dengan menembusi benteng kebal Villa dari umpanan Naby Keita untuk gol ke-20 beliau musim ini sebelum pemain gantian, Curtis Jones melengkapk­an hujung minggu bermakna selepas pemain berusia 19 tahun itu menandatan­gani kontrak baharu lima tahun di kelab pada Sabtu lepas.

Kemenangan memastikan Liverpool mengumpul 89 mata dan hanya memerlu

Ia bukan aksi terbaik dari pasukan tetapi ia adalah prestasi yang memastikan kami memperoleh­i tiga mata penuh. Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

kan empat kemenangan dari baki lima perlawanan untuk mengatasi rekod City yang mengumpul 100 mata apabila muncul juara liga pada musim 2017/2018.

“Kami berada di kedudukan kami sekarang kerana kami memenangi perlawanan sukar,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

“Ia bukan aksi terbaik dari pasukan tetapi ia adalah prestasi yang memastikan kami memperoleh­i tiga mata penuh.”

Villa kekal dalam zon penyingkir­an, satu mata dari zon selamat ketika terus berusaha untuk mengelak kembali ke Liga Kejuaraan hanya selepas satu musim.

Berbeza dengan City, satu lagi penguasaan permainan mereka tidak memberikan sebarang ganjaran apabila tewas kepada gol cantik Southampto­n yang dijaringka­n Che Adams.

City menguasai 74 peratus permainan dan mempunyai 26 cubaan ke pintu gol namun gagal menembusi pintu gol yang dijaga Alex McCarthy, dengan cubaan Fernandinh­o terkena palang dan Gabriel Jesus, David Silva dan Bernardo Silva mensiasiak­an peluang terbaik mereka. “Ia kelihatan seperti senario yang sama musim ini – satu kesilapan dan mereka menghukum kami,” kata pengurus City, Pep Guardiola. “Kami bermain dengan sangat bagus tetapi ia tidak memadai.”

Di kelompok bawahan liga, West Ham semakin hampir untuk mengelak penyingkir­an walaupun mensia-siakan dua kali pendahulua­n gol sebelum seri 2-2 di Newcastle United.

Selepas mengejutka­n Chelsea pada pertengaha­n minggu,

West Ham membuka jaringan seawal minit keempat perlawanan di St James’ Park menerusi gol Michail Antonio selepas penjaga gol Jamaal Lascelles gagal menangkap kemas hantaran lintang Jarrod Bowen.

Newcastle mengikat kedudukan pada minit ke17 apabila Miguel Almiron menyempurn­akan umpanan Allan Saint-Maximin.

Tomas Soucek meletakkan West Ham kembali di hadapan apabila menanduk satu tendangan sudut Declan Rice tetapi Newcastle mengikat kedudukan seminit selepas itu apabila Jonjo Shelvey melepasi perangkap ofsaid untuk menyempurn­akan hantaran Dwight Gayle dari jarak dekat.

Keputusan seri itu menyaksika­n West Ham kini empat mata di atas zon penyingkir­an dengan baki lima perlawanan musim ini.

Pada perlawanan lain, Sheffield United seri 1-1 dengan Burnley di tempat lawan.

Satu mata meletakkan Sheffield kekal di tangga kelapan, yang sudah memadai untuk kelayakan ke Liga Europa musim hadapan jika rayuan City untuk menarik balik penggantun­gan dua tahun beraksi di Eropah tidak diterima mahkamah rayuan sementara Burnley naik ke tangga kesembilan liga, dua mata di belakang Sheffield.

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Mane (kanan) cuba merampas bola dari pemain Aston Villa Anwar El Ghazi (tengah) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Aston Villa di Anfield Liverpool, England kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Mane (kanan) cuba merampas bola dari pemain Aston Villa Anwar El Ghazi (tengah) pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Aston Villa di Anfield Liverpool, England kelmarin.
 ??  ?? JURGEN KLOPP
JURGEN KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia