Utusan Borneo (Sarawak)

KLINIK KESIHATAN LONG LAMA DICADANG TUTUP SEMENTARA

Pergerakan tanah tidak menunjukka­n tanda-tanda mahu berhenti, dijangka semakin teruk berikutan hujan kerap turun

- Oleh Clare Cinderella

“Pergerakan tanah masih berlaku sebab hujan masih turun dan retak di kawasan tanah dan di bangunan klinik berkenaan pun nampaknya berterusan dan tidak ada tandatanda akan berhenti.

Dennis Ngau

ADUN Telang Usan

MIRI: Pergerakan tanah di kawasan Klinik Kesihatan Long Lama di Baram tidak menunjukka­n tanda-tanda mahu berhenti, sebaliknya keadaan dijangka semakin teruk berikutan hujan yang kerap turun kebelakang­an ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau ketika ditanya mengenai situasi terkini memberitah­u, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bahagian mencadangk­an supaya klinik tersebut ditutup sementara demi keselamata­n semua pihak termasuk kakitangan dan pesakit.

“Pergerakan tanah masih berlaku sebab hujan masih turun dan retak di kawasan tanah dan di bangunan klinik berkenaan pun nampaknya berterusan dan tidak ada tanda-tanda akan berhenti.

“Malah jurang yang mereka (jabatan bomba dan penyelamat) ukur di tanah (kawasan rekahan) juga semakin membesar.

“Justeru saya turut memberi pandangan kepada pihak klinik supaya mereka menutup sahaja klinik tersebut sementara atas alasan keselamata­n,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

“Saya dimaklumka­n pihak Pejabat Daerah Telang Usan sudah memanggil mesyuarat dan mereka bersetuju untuk berpindah ke Dewan Masyarakat Long Lama berhampira­n pekan Long Lama,” tambahnya.

Dennis memberitah­u, berdasarka­n jadual yang dicadangka­n dalam mesyuarat, pemindahan akan dilaksanak­an Sabtu ini dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas sendiri akan turun padang melihat keadaan klinik itu.

Beliau turut melahirkan rasa lega kerana pihak atasan kerajaan negeri turut memberi perhatian dan khuatir dengan situasi di klinik kesihatan tersebut.

“Satu-satunya pilihan yang ada sekarang ialah untuk menutup sementara klinik ini semasa menunggu kerjakerja pembaikan dilakukan serta menghalang rekahan dan mendapan tanah daripada terus berlaku.

“Walaupun sebahagian besar klinik tersebut tidak terjejas tetapi demi keselamata­n kita perlu bersedia dan mengelak perkara tidak diingini,” tambah Dennis lagi.

Sementara itu, Pegawai Daerah Telang Usan Baru Tai yang turut dihubungi semalam memberitah­u, beliau telah memanggil mesyuarat kelmarin untuk mendengar laporan daripada pihak bomba, JKR dan pengurusan klinik tersebut.

“Hasil mesyuarat itu juga kami memutuskan supaya pemindahan segera perlu dibuat dan satu-satunya lokasi dicadangka­n iaitu Dewan Masyarakat Long

Lama dan kami berharap ia dapat dilakukan segera selepas mendapat kelulusan daripada ibu pejabat (Jabatan Kesihatan Sarawak) di Kuching dan juga Majlis Daerah Marudi (MDM) yang bertanggun­gjawab ke atas dewan tersebut,” ujar beliau.

Baru menambah, surat untuk melaksanak­an pemindahan sudahpun dihantar kepada pihak berkaitan dan jika tiada halangan, tarikh 11 Julai ini dicadangka­n untuk melaksanak­an pemindahan tersebut kelak.

Bagaimanap­un katanya, ia hanya melibatkan klinik namun kakitangan masih tinggal di kuarters.

“Kuarters kakitangan tidak terjejas, kita tetap mempunyai kebimbanga­n namun kami tidak dapat memindahka­n mereka kerana pekan Long Lama tidak mempunyai bangunan penginapan yang mencukupi dan sesuai untuk mereka.

“Jika kakitangan ini terpaksa dipindahka­n juga iaitu ke Miri, ia pastinya satu kerugian buat kami di

sini,” katanya yang merujuk kepada kemungkina­n klinik akan ditutup jika semua kakitangan­nya dipindah ke Miri.

Manakala pemeriksaa­n JBPM dari Balai Marudi pada 5 Julai lalu berjaya menandakan 11 lokasi rekahan dan pergerakan tanah yang dikesan di bahagian depan luar bangunan dan jalan raya menghala ke pintu masuk utama klinik tersebut.

Hasil pemeriksaa­n oleh pihak bomba mendapati lebar rekahan tersebut antara 0.97 sentimeter (sm) hingga 3sm.

 ??  ??
 ??  ?? MEMBIMBANG­KAN: Pasukan bomba menandakan lokasi rekahan tanah di bahagian hadapan klinik.
MEMBIMBANG­KAN: Pasukan bomba menandakan lokasi rekahan tanah di bahagian hadapan klinik.
 ??  ?? MAKIN TERUK: Rekahan dan mendapan tanah yang semakin teruk, terutama selepas hujan beberapa hari lalu.
MAKIN TERUK: Rekahan dan mendapan tanah yang semakin teruk, terutama selepas hujan beberapa hari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia