Utusan Borneo (Sarawak)

MEDAN SAINGAN PULAU BORNEO

Piala Borneo KDM Malaysia 2020 bakal bermula pada September atau Oktober depan

- Oleh Vitalis G Bingkasan

“Piala Borneo KDM Malaysia ini juga adalah lanjutan kepada idea penganjura­n Piala Borneo yang sepatutnya kita anjurkan pada awal tahun ini tetapi tergendala disebabkan krisis COVID-19.

Datuk Peter Anthony

Presiden KDM Malaysia

KOTA KINABALU: Kejohanan Bola Sepak Piala Borneo KDM Malaysia 2020 bakal menjadi medan persaingan utama bola sepak di Kepulauan Borneo.

Kejohanan anjuran Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) itu akan bermula pada September atau selewat-lewatnya Oktober 2020.

Presiden KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony berkata kejohanan itu adalah kesinambun­gan kepada Liga KDM Malaysia yang telah dua edisi dilangsung­kan iaitu pada 2014-2015 dan 2018-2019.

“Kejohanan ini adalah kesinambun­gan kepada Liga KDM Malaysia tetapi pada skala yang lebih besar. Kalau sebelum ini Liga KDM Malaysia hanya melibatkan pasukan-pasukan tempatan Sabah tetapi untuk Piala Borneo KDM Malaysia ini, ianya terbuka kepada pasukan-pasukan di seluruh Borneo.

“Piala Borneo KDM Malaysia ini juga adalah lanjutan kepada idea penganjura­n Piala Borneo yang sepatutnya kita anjurkan pada awal tahun ini tetapi tergendala disebabkan krisis COVID-19,” katanya dalam sidang media di pejabat SAFA di sini kelmarin.

Peter yang juga Presiden SAFA dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Sabah berkata, Piala Borneo KDM Malaysia 2020 akan mempertand­ingkan sainganlig­adanPialaF­Asebagai saingan utama.

Saingan Liga Piala Borneo menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 untuk juara, naib juara meraih sejumlah RM80,000, ketiga menerimase­jumlahRM50,000 dan tempat keempat mendapat habuan RM30,000.

Piala FA pula menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 untuk juara dan kedua RM20,000.

Pasukan hanya dikenakan wang cagaran sebagai komitmen penyertaan sebanyak RM5,000 dan akan bekalkan satu set jersi.

‘’Kita akan mula membuka penyertaan dalam tempoh terdekat ini dan selepas menerima penyertaan, kita akan mulakan kejohanan itu sama ada pada September atau Oktober,’’ kata Peter.

Beliau berkata, penyertaan adalah terbuka bukan sahaja kepada pasukan tempatan Sabah tetapi pasukan dari Kalimatan, Brunei dan Sarawak juga dialu-alukan.

Menurutnya, sudah ada beberapa pasukan dari negeri dan negara jiran itu yang memberikan respon positif.

‘’Kejohanan Liga KDM

Malaysia yang kita anjurkan sebelum ini bukan sahaja mendapat sambutan yang sangat baik tetapi telah mebuahkan hasil terutama dalam melahirkan pemain-pemain berpotensi. Oleh sebab itu kita mahu meneruskan kesinambun­gan itu.

‘’Sukan bola sepak sangat dekat di hati saya dan oleh sebab itu saya memutuskan untuk menganjurk­an Piala Borneo KDM Malaysia untuk menghidupk­an semula bola sepak yang telah senyap sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanak­an Mac lalu,” katanya.

Katanya lagi, format pertanding­an akan diumumkan berdasarka­n jumlah pasukan yang menyertain­ya.

‘’Sekiranya ada 16 pasukan yang bertanding, kita akan bahagikan kepada empat kumpulan dan jika lebih kita akan putuskan nanti jumlah kumpulan,’’ katanya.

Dalam pada itu, Peter berkata, walaupun kejohanan itu terbuka kepada semua pasukan, setiap pasukan yang ingin menyertain­ya akan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan kejohanan itu berkualiti dan disertai pasukan yang berkemampu­an menamatkan saingan.

‘’Selain itu, kita juga putuskan hanya tiga bekas pemain negeri yang boleh

beraksi dalam satu-satu pasukan bagi membolehka­n kejohanan berlangsun­g dengan lebih sengit.

‘’Kita tidak mahu jika ada pasukan membariska­n ramai bekas pemain negeri, walaupun ia bukanlah jaminan untuk mereka menang tetapi kita mahu setiap pasukan mampu memberikan saingan,’’ katanya.

Semua venue perlawanan juga hanya di Sabah walaupun ada penyertaan dari luar negeri.

 ??  ??
 ??  ?? HADIAH: Peter (depan dua kanan) memegang piala yang ditawarkan untuk Piala Borneo KDM Malaysia 2020 semasa sidang media di pejabat SAFA di Kota Kinabalu kelmarin. Turut bersama ialah jawatankua­sa penganjur dan AMT KDM Malaysia.
HADIAH: Peter (depan dua kanan) memegang piala yang ditawarkan untuk Piala Borneo KDM Malaysia 2020 semasa sidang media di pejabat SAFA di Kota Kinabalu kelmarin. Turut bersama ialah jawatankua­sa penganjur dan AMT KDM Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia