Utusan Borneo (Sarawak)

Patuhi SOP, orang ramai digalak ke pawagam bantu industri filem

-

merancakka­n semula industri perfileman dan hiburan negara, rakyat digalakkan mengunjung­i pawagam dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Jelasnya, pengunjung tidak perlu risau memandangk­an pihak syarikat panggung wayang sedia mematuhi SOP yang ditetapkan bagi menjaga keselamata­n penonton dengan pelbagai kaedah seperti penjarakan sosial dan sanitasi tempat duduk.

Katanya, beliau sendiri berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP di pawagam berdasarka­n laporan yang diterima setelah tiga hari pawagam dibenarkan beroperasi sejak 1 Julai.

“Yang penting bukan hanya pempamer (syarikat) panggung wayang patuh SOP, penonton juga harus datang. Tiada gunanya panggung dibuka tapi tidak ada penonton, saya harap rakyat Malaysia menjaga kesihatan dan keselamata­n… dan kita bagi sokongan kepada jaringan pembikinan filem ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat sebuah pawagam dekat Kuala Lumpur baru-baru ini bagi meninjau pematuhan garis panduan sempena pembukaan semula pawagam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Saifuddin berkata sekiranya berlaku peningkata­n kes atau kemunculan kluster baharu, tindakan tegas akan diambil di kawasan terbabit, sebagai contoh, pengisytih­aran kawasan kuning atau merah bagi kawasan tempat tinggal.

“Contohnya, ada kawasan pasar malam yang sebelum ini dibenarkan mula beroperasi semasa PKPP namun kerana SOP tidak dipatuhi maka majlis pembandara­n mengambil tindakan tegas dengan menutup semula pasar malam itu.

“Kita tak nak perkara itu berlaku di panggung wayang dan sebagainya, jadi nasihat saya ialah di satu pihak pempamer (syarikat) panggung wayang menyediaka­n SOP yang ketat dan kita sebagai penonton harus mengawal diri dan mengikut SOP itu,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata kementeria­nnya menyedari ramai pemain industri perfileman dan seni terkesan kerana tidak dapat beroperasi ekoran pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

“Sehubungan itu, dalam masa enam bulan ini kita akan gunakan dana yang disediakan melalui PENJANA (Pakej Jana Semula Ekonomi Negara) ini serta mana-mana dana yang ada dengan sebaiknya,” katanya.

Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bakal menumpukan usaha bagi membantu syarikat produksi menghasilk­an lebih banyak filem dan drama dalam tempoh enam bulan akan datang menerusi pinjaman mudah berjumlah RM100 juta di bawah PENJANA.

Sementara itu, Saifuddin menzahirka­n rasa puas hati dengan tahap pematuhan SOP kru penggambar­an termasuk para pelakon, juruteknik dan jurusolek semasa melakukan lawatan kerja di set penggambar­an di Taman Pudu Ulu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Pengerusi Finas Zakaria Abdul Hamid. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? PENJARAKAN SOSIAL: Pengarah filem dan drama, Rashid Sibir (tengah) menggunaka­n ‘Face Shield’ serta menjaga penjarakan sosial semasa memberi arahan kepada pelakon utama drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’, Zul Ariffin (kiri) dan Mira Filzah ketika mengarah drama itu selepas kerajaan membenarka­n penggiat seni menjalanka­n aktiviti pengambara­n dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kuala Selangor baru-baru ini.
— Gambar Bernama PENJARAKAN SOSIAL: Pengarah filem dan drama, Rashid Sibir (tengah) menggunaka­n ‘Face Shield’ serta menjaga penjarakan sosial semasa memberi arahan kepada pelakon utama drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’, Zul Ariffin (kiri) dan Mira Filzah ketika mengarah drama itu selepas kerajaan membenarka­n penggiat seni menjalanka­n aktiviti pengambara­n dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Kuala Selangor baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? PATUH SOP: Saifuddin (dua kiri) membeli tiket filem ‘Mencari Rahmat’ secara atas talian sambil diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas Yeoh Oon Lai (tiga kanan) pada Program Lawatan Kerja di Pawagam TGV Sunway Velocity baru-baru ini. Turut hadir Pengerusi FINAS Zakaria Abd Hamid (tiga kiri) dan Timbalan Pengerusi FINAS Datuk Norman Abdul Halim (dua kanan).
— Gambar Bernama PATUH SOP: Saifuddin (dua kiri) membeli tiket filem ‘Mencari Rahmat’ secara atas talian sambil diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas Yeoh Oon Lai (tiga kanan) pada Program Lawatan Kerja di Pawagam TGV Sunway Velocity baru-baru ini. Turut hadir Pengerusi FINAS Zakaria Abd Hamid (tiga kiri) dan Timbalan Pengerusi FINAS Datuk Norman Abdul Halim (dua kanan).
 ?? — Gambar Bernama ?? DI LOKASI PENGGAMBAR­AN: Saifuddin (duduk kiri) diberi taklimat ringkas oleh Ahmad Idham (tiga kiri) di set penggambar­an drama bersiri ‘Dilema Wanita’ pada Lawatan Kerja di Taman Pudu Ulu baru-baru ini. Turut kelihatan Pengerusi FINAS Zakaria Abd Hamid (duduk kanan).
— Gambar Bernama DI LOKASI PENGGAMBAR­AN: Saifuddin (duduk kiri) diberi taklimat ringkas oleh Ahmad Idham (tiga kiri) di set penggambar­an drama bersiri ‘Dilema Wanita’ pada Lawatan Kerja di Taman Pudu Ulu baru-baru ini. Turut kelihatan Pengerusi FINAS Zakaria Abd Hamid (duduk kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia