Utusan Borneo (Sarawak)

Pasir Pandak kaya keindahan alam

Kampung Pasir Pandak juga mempunyai pantai indah yang bersambung dengan Kampung Pasir Panjang

- Oleh Marlinda Mardzuki

“Memang sejak dari dahulu lagi Kampung Pasir Pandak amat popular dan menjadi tumpuan masyarakat untuk beriadah.

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU

KUCHING: Kampung Pasir Pandak yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai memang terkenal sebagai perkampung­an nelayan dan kaya dengan keindahan alam semula jadi.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kampung itu juga mempunyai pantai yang indah yang bersambung dengan Kampung Pasir Panjang.

“Memang sejak dari dahulu lagi Kampung Pasir Pandak amat popular dan menjadi tumpuan masyarakat untuk beriadah.

“Kita dapat lihat pada hujung minggu ramai masyarakat berkunjung ke kampung ini untuk melihat pemandanga­n indah,” katanya kepada media.

Menurutnya, kampung

tersebut turut menyediaka­n kemudahan inap desa untuk masyarakat merasai kehidupan di perkampung­an nelayan.

“Inap desa di kampung ini amat popular bukan sahaja di kalangan masyarakat tempatan tetapi juga pelancong asing,” ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai.

Dr Abdul Rahman menjelaska­n, lebih menarik, kampung tersebut turut menghasilk­an durian yang istimewa sehingga menjadi kegilaan masyarakat ketika musim ‘Raja Buah’.

“Kalau beli durian, pilihan pertama masyarakat sudah pasti durian Pasir Pandak,” jelasnya.

Menurutnya lagi, penduduk kampung tersebut turut menjalanka­n perniagaan menjual hasil laut, ikan kering dan kuih tradisiona­l.

Oleh itu katanya, rakyat terutama penduduk di kawasan itu harus mengekalka­n dan menjaga keindahan dan keistimewa­an yang ada di Kampung Pasir Pandak untuk tatapan generasi akan datang.

 ??  ??
 ??  ?? INDAH: Rakaman keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar kawasan Kampung Pasir Pandak.
INDAH: Rakaman keindahan alam semula jadi yang terdapat di sekitar kawasan Kampung Pasir Pandak.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DR ABDUL RAHMAN
DR ABDUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia