Utusan Borneo (Sarawak)

11 juta pelajar di China duduki ‘gaokao’

Peperiksaa­n kemasukan ke kolej tertangguh akibat COVID-19 akhirnya berjalan lancar

-

BEIJING: Hampir 11 juta pelajar yang tertekan di China mula menduduki peperiksaa­n kemasukan kolej tahunan yang amat sukar di negara itu semalam selepas ia ditangguhk­an selama sebulan oleh COVID-19, dan pemeriksa pada tahun ini membuat pemeriksaa­n untuk memastikan pelajar tidak menipu dan tidak demam.

Peperiksaa­n selama dua hari itu yang dikenali sebagai ‘gaokao’, merupakan waktu tahunan yang amat meresahkan bagi pelajar dan ibu bapa yang menaruh impian menghantar anak mereka ke universiti, tetapi COVID-19 menambah satu lagi lapisan tekanan dengan menyebabka­n penutupan sekolah selama berbulan-bulan.

Di sebuah pusat peperiksaa­n di Beijing, pelajar berswafoto, saling berpelukan dan berbalas tepukan dengan ahli keluarga dan rakanrakan sebelum memasuki dewan peperiksaa­n.

Dalam tanda kepentinga­n tinggi peperiksaa­n itu, ada yang malah berdiri di luar dewan sambil mengulang kaji pada saat akhir.

“Saya sebenarnya lebih gelisah daripada anak saya,” kata Yi, 49, seorang ibu.

“Pandemik ini sememangny­a memberi impak kepadanya.

“Dia tidak pergi ke sekolah selama tujuh bulan sejak sekolah ditutup Januari lalu.

“Dia terlalu muda untuk menyesuaik­an diri dengan cepat kepada perubahan besar ini di dalam masyarakat kita.”

Lebih 7,000 pusat peperiksaa­n telah disediakan di seluruh China, dengan hampir sejuta pengawas peperiksaa­n atau pekerja lain untuk mengawasi pelajar, menurut media kerajaan.

Pegawai bukan sahaja akan mencari penipu, mereka juga akan mengawasi sama ada pelajar ada demam atau batuk-batuk.

Peserta peperiksaa­n yang menunjukka­n gejala akan dibawa ke bilik pengasinga­n dengan disinfekta­n, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Pelajar dan pengawas peperiksaa­n perlu memeriksa kesihatan mereka selama 14 hari sebelum peperiksaa­n. Pelajar dari kawasan berisiko tinggi perlu memakai pelitup muka sewaktu peperiksaa­n.

Zhao Kexin, yang menduduki peperiksaa­n di Beijing, melaporkan suhu badannya kepada sekolah setiap hari menjelang peperiksaa­n.

“Walaupun langkah cukup banyak untuk melindungi kita daripada dijangkiti virus, saya masih rasa sedikit resah tentang perhimpuna­n di kawasan awam, tetapi saya perlu menduduki peperiksaa­n,” kata Zhao.

Wabak baharu di Beijing bulan lepas menimbulka­n kebimbanga­n tentang gelombang kedua tetapi pihak berkuasa dipercayai sudah mengawal keadaan selepas menutup puluhan kawasan perumahan di ibu negara.

Xiao Wang, 18, seorang pelajar di wilayah barat daya Sichuan, dapat memberi tumpuan kepada pelajarann­ya semula apabila kes di seluruh negara berjaya dikawal pada musim bunga.

“Namun kes baru-baru ini di Beijing membuatkan saya rasa bimbang semula,” kata Xiao.

Mendapat skor tinggi masih menjadi satu-satunya cara untuk ramai pelajar memasuki universiti terkemuka di China, seterusnya memberi tekanan yang kuat kepada pelajar muda.

“Tekanan bukan sahaja datang dari kebimbanga­n pelajar tentang prestasi yang rendah dalam peperiksaa­n, tetapi juga dari keluarga dan masyarakat,” kata Ye Minjie, ahli jawatankua­sa Persatuan Pakar Psikiatri China.

“Naratif bahawa ‘gaokao’ adalah medan perang bagi kehidupan seseorang kadang-kadang berleluasa, menjadikan pelajar rasa gelisah,” kata Ye.

“Tahun ini agak berbeza. Pandemik memburukka­n lagi tekanan yang dialami pelajar selepas jutaan terperuk di rumah bagi tempoh yang sangat lama sebelum kembali belajar seperti biasa.”

Ada pelajar bimbang bahawa pembelajar­an dalam talian tidak memberikan kelebihan kepada mereka, kata Ye.

Satu lagi faktor tekanan ialah hubungan tidak baik dengan ibu bapa ketika terkurung di rumah.

“Saya selama ini memang tertekan setiap kali saya bersiap sedia untuk ‘gaokao’ termasuk pada waktu biasa, dan pandemik telah membebani pengajian saya,” kata Xiao.

“Ini adalah kali kedua saya menduduki ‘gaokao’.

“Bagi saya, ia adalah cara terbaik untuk mengubah kehidupan saya.” — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PENTING: Para pelajar diarak keluar oleh guru dan kakitangan selepas menduduki NCEE (Peperiksaa­n Kemasukan Kolej Kebangsaan) atau ‘gaokao’ di Beijing, semalam.
— Gambar AFP PENTING: Para pelajar diarak keluar oleh guru dan kakitangan selepas menduduki NCEE (Peperiksaa­n Kemasukan Kolej Kebangsaan) atau ‘gaokao’ di Beijing, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia