Utusan Borneo (Sarawak)

DUA SINDIKET DADAH LUMPUH

Pegawai polis berpangkat ASP dan subinspekt­or bertugas di Miri antara 14 ditahan.

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya melumpuhka­n dua sindiket dadah terbesar di Sarawak dengan penangkapa­n 14 individu termasuk dua pegawai kanan polis masingmasi­ng berpangkat asisten superinten­den (ASP) dan subinspekt­or.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Ramli Din berkata, kesemua suspek yang berusia 20 hingga 58 tahun ditangkap hasil 12 serbuan yang dilakukan pihaknya di empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Sarawak bermula 1 hingga 6 Julai lalu.

Berikutan serbuan itu katanya, polis turut merampas pelbagai jenis dadah seberat 182 kilogram (kg) yang dianggarka­n bernilai RM10 juta.

“Ini merupakan kejayaan terbesar setakat ini melibatkan dadah yang dibawa untuk pasaran ke Sarawak serta negara jiran Brunei dan Indonesia,” ujarnya sambil menambah jumlah dadah yang dirampas itu boleh digunakan sehingga 580,000 penagih.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur petang semalam.

Menyentuh lanjut mengenai serbuan itu, beliau berkata pihaknya telah melakukan serbuan serentak di empat lokasi masing-masing di sebuah hotel di Jalan Imbi, Kuala Lumpur dan berjaya merampas 30kg dadah disyaki syabu dan 20kg disyaki Ketamine.

Serbuan di lokasi kedua di Jalan Conlay, polis telah menangkap dua lelaki masingmasi­ng berusia 35 dan 37 tahun serta merampas syabu seberat 23kg, serbuan ketiga ke atas sebuah rumah di Kampung Pandan Indah, Selangor, polis menangkap seorang lelaki berusia 39 tahun dan merampas 12,500 biji pil Erimin 5.

Sementara serbuan keempat ke atas sebuah rumah di Shah Alam, polis memberkas dua lelaki berusia 39 dan 41 tahun serta merampas 145,250 biji pil Erimin 5.

“Serbuan seterusnya telah dilakukan sekitar jam 7 malam, 3 Julai lalu ke atas sebuah makmal haram yang terletak di Batang Kali, Selangor dan menangkap tujuh ahli sindiket.

“Hasil serbuan ke atas makmal itu yang telah beroperasi sejak September 2019, polis merampas 266,750 Erimin 5 dan pelbagai bahan kimia seberat 440kg serta 13 mesin untuk memproses pil Erimin 5,” katanya sambil memberitah­u, makmal terbabit mampu memproses 70,000 biji pil (bernilai RM1 juta) pada satusatu masa dan kekerapan memproses adalah tiga hingga lima kali seminggu.

Manakala bagi sindiket kedua, sekitar jam 4.45 pagi 4 Julai, polis telah menangkap dua lelaki masing-masing berusia 36 tahun di klia2 dan merampas syabu seberat 8.8kg.

Sementara hasil serbuan pada 6 Julai lalu di klia2, seorang lagi suspek telah ditangkap kerana disyaki terbabit sama.

“Kesemua dadah yang dirampas terdiri daripada 107kg Erimin 5, syabu (63kg) dan Ketamine (12kg), menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak 182kg dan bernilai RM10 juta.

Dalam pada itu menurut Ramli, modus operandi dua sindiket terbabit adalah dengan menerbangk­an keldai dadah dari Sarawak dan ditempatka­n di hotelhotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur dan di situ, kerja-kerja pembungkus­an dadah dilakukan.

Katanya, dadah-dadah yang telah dibungkus akan dimasukkan ke dalam bagasi dan dihantar ke Sarawak menerusi Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2.

“Selain itu, mereka akan menggunaka­n orang tempatan dari Semenanjun­g yang telah tinggal lama di Sarawak atau sebaliknya dan kerap berulang-alik untuk membawa dadah-dadah tersebut ke negeri itu.

“Setakat ini, dua sindiket terbabit telah membuat 28 penghantar­an dadah ke Sarawak sejak 2017 dengan setiap penghantar­an menggunaka­n antara seorang dan tiga keldai dadah,” katanya sambil menambah, mereka turut merampas harta bernilai RM1.07 juta harta yang disyaki diperolehi hasil jualan dadah di bawah ADB (Perlucutan Harta) 1988.

Susulan itu katanya, dua pegawai polis terbabit yang bertugas di Miri dan dipercayai bersekongk­ol dengan sindiket terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985, manakala 12 orang lagi disiasat mengikut Seksyen 39B akta yang sama.

Hasil siasatan awal kata Ramli, empat daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan dadah.

Kesemua suspek kini sedang direman antara enam hingga tujuh hari.

Sehubungan itu tegas beliau, JSJN tidak akan berkomprom­i terhadap mana-mana pihak yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah dan akan meneruskan usaha membantera­s kegiatan tersebut.

 ?? — Gambar Bernama ?? KEJAYAAN BESAR: Ramli menunjukka­n dadah yang dirampas yang melumpuhka­n dua sindiket pengedaran dadah aktif di Sarawak pada sidang akhbar khas di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama KEJAYAAN BESAR: Ramli menunjukka­n dadah yang dirampas yang melumpuhka­n dua sindiket pengedaran dadah aktif di Sarawak pada sidang akhbar khas di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia