Utusan Borneo (Sarawak)

STOR PROSES PENSANITAS­I TANGAN DISYAKI GUNA JENAMA TIRUAN DISERBU

-

KUCHING: Sebuah stor pemprosesa­n pensanitas­i tangan yang disyaki menggunaka­n jenama tiruan di sebuah rumah di Batu 3 di sini, diserbu baru-baru ini.

Jurucakap Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak berkata, serbuan pada 2 Julai itu dibuat hasil intipan selama dua bulan susulan laporan yang dibuat oleh pemilik cap dagangan berdaftar.

Menurutnya, pemilik premis dipercayai turut membekal dan menjual pensanitas­i jenama tiruan tersebut di pasaran tempatan.

“Siasatan awal mendapati suspek menjalanka­n aktiviti pembancuha­n dan pembungkus­an semula dan pasukan operasi kemudian bertindak menyita botol-botol yang tertera cap dagangan tiruan.

“Dianggarka­n keseluruha­n rampasan termasuk sabuah tong yang berisi cecair bernilai mencecah RM4,140,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Jelasnya siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 102 Akta Cap Dagangan 2019.

“Jika suspek ialah suatu pertubuhan perbadanan, maka boleh didenda tidak melebihi RM15,000, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM30,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar.

“Sekiranya bukan (pertubuhan), maka boleh didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barangbara­ng yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjarak­an tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya,” tegasnya.

Difahamkan, KPDNHEP dengan kerjasama pemilik cap dagangan berdaftar akan sentiasa melakukan pemantauan.

“Kita akan bersama-sama menjalanka­n pemeriksaa­n dan mengambil tindakan tegas dari semasa ke semasa untuk menangani produk-produk tiruan di pasaran,” katanya.

 ??  ?? TUMPAS: Pegawai operasi melakukan pemeriksaa­n di lokasi serbuan.
TUMPAS: Pegawai operasi melakukan pemeriksaa­n di lokasi serbuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia