Utusan Borneo (Sarawak)

Dua rumah dijadikan stor rokok seludup diserbu

PGA berjaya merampas pelbagai jenis rokok bernilai RM561,674 dalam operasi di Taman Desa Wira

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak menyerbu dua rumah di Taman Desa Wira di sini dan merampas pelbagai jenis rokok dianggarka­n bernilai RM561,674, semalam.

Komanderny­a SAC Mancha Ata berkata kedua-dua rumah tersebut dipercayai dijadikan stor penyimpana­n serta tempat jualan rokok-rokok tersebut yang disyaki diseludup masuk ke negara ini.

Menurutnya, dua lelaki tempatan dipercayai pemilik premis ditangkap dalam serbuan Ops Libas tersebut yang dijalankan dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Serbuan pertama berjaya menemui 2,886 karton rokok putih serta keretek yang dianggarka­n bernilai RM429,088 termasuk cukai dan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun ditangkap.

“Manakala serbuan kedua juga di Taman Desa Wira membawa kepada penemuan 919 karton juga rokok putih serta keretek yang dianggarka­n bernilai RM132,586 dan seorang lelaki berusia 52 tahun ditangkap.

“Kesemua rokok dan suspek kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis

Daerah (IPD) Padawan untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen

135 (1) (D) Akta Kastam 1967.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau 10 kali nilai duti atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau keduaduany­a sekali,” katanya.

Mancha selain itu memberi amaran pihaknya akan terus membantera­s kegiatan penyeludup­an rokok dan orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh menyalurka­nnya dengan menghubung­i PGA Briged Sarawak menerusi talian 082-587222.

“Untuk makluman, kita berjaya mengenal pasti modus operandi kegiatan penyeludup­an ini dan operasi susulan akan terus dilaksanak­an.

“Selain itu, kita juga memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurka­n maklumat kepada kita berhubung kegiatan penyeludup­an rokok dan minuman keras di seluruh negeri,” tegasnya.

“Serbuan pertama berjaya menemui 2,886 karton rokok putih serta keretek yang dianggarka­n bernilai RM429,088 termasuk cukai dan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun ditangkap.

SAC Mancha Ata

Komander PGA Briged Sarawak

 ??  ?? TUMPAS: Mancha (kiri) menunjukka­n rokok-rokok yang dirampas dalam operasi tersebut.
TUMPAS: Mancha (kiri) menunjukka­n rokok-rokok yang dirampas dalam operasi tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia