Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba selamatkan anak kucing tersepit dalam pembetung

-

BINTANGOR: Hujan lebat tidak mematahkan semangat anggota bomba dalam usaha menyelamat­kan seekor anak kucing yang tersepit pada lubang pembetung di pekan ini, malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berkaitan kejadian tersebut pada jam 8.20 malam.

“Sejurus menerima panggilan tersebut, seramai lapan anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi terbabit yang terletak satu kilometer dari balai.

“Ketika anggota tiba di lokasi berkenaan, mereka mendapati seekor anak kucing tersangkut kepalanya pada lubang pembetung.

“Berdasarka­n situasi tersebut, anggota bomba telah menggunaka­n pengumpil besi untuk memecahkan pembahagi jalan tersebut,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

Usaha mengeluark­an anak kucing yang tersepit itu mengambil masa 15 minit.

Sejurus berjaya dikeluarka­n dari lubang pembetung tersebut, anak kucing tersebut telah diserahkan kepada pemiliknya yang turut berada di lokasi.

Sementara itu, dalam kes berasingan melibatkan khidmat khas menangkap ular di Jalan Abang Amin, dekat sini, empat anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi tersebut.

Menurut Nicholas, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk kampung terbabit yang memaklumka­n terdapat seekor ular di bahagian atas almari di dapur rumahnya.

“Sejurus menerima panggilan daripada pengadu tersebut pada jam 11.46 malam, anggota bomba terus bergegas ke rumah pengadu yang terletak dua kilometer dari balai.

“Ketika anggota tiba di lokasi, mereka mendapati seekor ular katam tebu kuning yang dianggarka­n sepanjang satu meter berlingkar di atas almari simpanan makanan milik pengadu.

“Berikutan itu, anggota bomba bertugas telah menggunaka­n penjerut ular untuk menangkap ular tersebut dan usaha tersebut telah berjaya dilakukan dalam tempoh sepuluh minit dengan selamat,” katanya.

Selepas berjaya ditangkap, ular terbabit telah dilepaskan semula ke habitat asalnya yang agak jauh dari penempatan manusia.

 ??  ?? BERHATI-HATI: Anggota bomba sedang berusaha mengeluark­an anak kucing yang tersepit di dalam pembetung di Bintangor malam kelmarin.
BERHATI-HATI: Anggota bomba sedang berusaha mengeluark­an anak kucing yang tersepit di dalam pembetung di Bintangor malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia