Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur mengaku tidak bersalah cuba ceroboh rumah

-

KUCHING: Seorang penganggur lelaki mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan cuba menceroboh rumah seorang wanita pada 2 Julai lalu.

Yon Syahmi Samat, 25, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama dibacakan terhadapny­a.

Majistret Mohd Syukri Mokhtar seterusnya menetapkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu untuk hadir semula ke mahkamah pada 4 Ogos depan untuk pengurusan kes, selain membenarka­n dia diikat jamin RM2,000 berserta seorang penjamin tempatan.

Lelaki yang beralamatk­an di Siol Kandis, Petra Jaya itu dituduh cuba menceroboh rumah dengan niat untuk mengganggu Falisha Cyril, 33, di Jalan Mendu pada jam 2.40 petang.

Berdasarka­n keterangan kes, mangsa ternampak kelibat tertuduh berada di hadapan pagar rumah dan tidak lama kemudian, tertuduh memanjat pagar dan memasuki halaman rumahnya.

Difahamkan, tertuduh berlegar-legar di halaman rumah seperti sedang mencari dan melakukan sesuatu yang mencurigak­an.

Mangsa terus menghubung­i pihak polis berikutan khuatir akan keselamata­n diri serta tiga anak kecilnya.

Seksyen 447 Kanun Keseksaan memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu di mahkamah sama, seorang lelaki berusia 49 tahun mengaku tidak bersalah apabila didakwa melakukan khianat dengan merosakkan kereta milik seorang wanita pada 4 Julai lalu.

Majistret Syukri menetapkan 4 Ogos depan untuk pengurusan kes dan membenarka­n tertuduh, Lu Chuan Yuan, dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 berserta seorang penjamin tempatan.

Dia didakwa melanggar kereta milik Jessica Joseph, 28, sehingga menyebabka­n ia remuk dalam kejadian pada jam 12.45 tengah malam di hadapan Balai Polis Kota Sentosa, Jalan Lapangan Terbang Lama di sini.

Berdasarka­n fakta kes, mangsa menyatakan dia diekori oleh tertuduh ketika dalam perjalanan dari arah Bukit Berangan ke arah Jalan Stakan, Kota Sentosa di sini.

Sepanjang perjalanan tersebut, tertuduh beberapa kali bertindak memotong kenderaan mangsa secara berbahaya dan membrek secara mengejut.

Justeru, mangsa menukar arah perjalanan dan bergerak ke Balai Polis

Kota Sentosa. Setibanya di tempat tersebut, tertuduh melanggar bahagian belakang keretanya sebanyak tiga kali.

Untuk perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang beralamatk­an di Lorong Muara Tabuan itu diwakili peguam, Timothy Finlayson Joel, manakala pendakwaan bagi kedua-dua kes berkenaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia