Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari tinjau Projek Hidroelekt­rik Baleh

Kunjungan itu bagi dapatkan gambaran sebenar projek pembanguna­n infrastruk­tur strategik terbesar di Sarawak

- Oleh Andy Sabang

“Walaupun kita mungkin memiliki kekuatan cukup ketika ini namun kita perlu merancang dan mempersiap apa yang ada untuk masa depan.

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom

Menteri Utiliti

BALEH: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turun padang meninjau Projek Hidroelekt­rik (HEP) Baleh bagi mendapatka­n gambaran sebenar projek pembanguna­n infrastruk­tur strategik terbesar di negeri ini.

Beliau diiringi Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion dan Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Kunjungan mereka disambut Pengerusi Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Amar Hamed Sepawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Datu Sharbini Suhaili.

Hadir sama Naib Presiden Eksekutif Penyampaia­n Projek Pramod Kumar Karunakara­n.

Abang Johari turut melakukan tinjauan dari udara menyaksika­n pelaksanaa­n projek tersebut kemudian mendengar taklimat perkembang­an terkini projek oleh Pengarah Projek HEP Baleh Tan Hang Kiak.

Bagi Sarawak, masa depan untuk keselamata­n tenaga lestari terletak pada penjanaan tenaga hidro.

HEP Baleh adalah projek kerja sivil terbesar syarikat milik kerajaan negeri dan berfungsi sebagai tonggak tambahan dalam strategi pembanguna­n tenaga dan pembaharua­n Sarawak.

Setelah HEP Baleh beroperasi sepenuhnya pada 2026, Sarawak mempunyai tenaga mencukupi untuk memenuhi permintaan bekalan elektrik justeru mencapai cita-cita menjadi ekonomi berpendapa­tan tinggi pada 2030.

Baleh HEP bergabung dengan kilang tenaga hidro Sarawak lain iaitu Batang Ai, Murum dan Bakun bagi memperkuat aspirasi Sarawak menjadi pengeluar tenaga elektrik terbesar.

Sementara itu, SEB terus mengembang­kan sumber tenaga hidro berdasarka­n prinsip panduan kelestaria­n dalam membangunk­an kemakmuran rakyat Sarawak menjelang 2030.

Sementara itu, Dr Rundi menjelaska­n bahawa HEP Baleh sangat penting bagi menjamin keupayaan tenaga diperlukan pembanguna­n Sarawak.

“Walaupun kita mungkin memiliki kekuatan cukup ketika ini namun kita perlu merancang dan mempersiap apa yang ada untuk masa depan.

“Kemiskinan tenaga adalah halangan utama kemakmuran dan kemajuan negara lain dan kita tidak mahu perkara ini berlaku kepada Sarawak,” jelasnya.

Justeru, sokongan dan kerjasama masyarakat Baleh dan Kapit yang terjejas secara

langsung dan tidak langsung sangat penting bagi kejayaan pelaksanaa­n projek-projek sebesar ini.

“Untuk ini, kami harus berterima kasih kepada penduduk Baleh dan Kapit atas sokongan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Hamed memberitah­u bahawa HEP Baleh adalah projek yang memberi manfaat kepada seluruh Sarawak dalam jangka panjang.

“Kami melakukan yang terbaik memastikan projek ini tetap berjalan lancar walaupun terdapat kekangan seperti pandemik COVID-19 serta cabaran lain.

“Kami amat memerlukan dukungan semua pihak berkepenti­ngan memastikan kelancaran pelaksanaa­n projek ini,” jelas beliau.

Terletak di Sungai Baleh kira-kira 105 kilometer ke hulu dari pertemuan dengan Sungai Rejang di Kapit, Concrete Faced Rockfill (CFR) setinggi 188 meter adalah salah satu projek infrastruk­tur terbesar di Sarawak.

Ia merupakan HEP terbesar dibangunka­n SEB dan menghasilk­an 1,285 megawatt tenaga diperbahar­ui ke grid apabila beroperasi sepenuhnya pada 2026.

Semua empangan tenaga air SEB dirancang dan dibina mengikut garis panduan ketat ditetapkan Suruhanjay­a Besar Empangan Besar (ICOLD) menahan kejadian banjir melampau.

Ia juga sesuai dengan garis panduan ditetapkan Protokol Penilaian Kelestaria­n Tenaga Hidro daripada Persatuan Tenaga Air Antarabang­sa.

 ??  ?? TAKLIMAT: Abang Johari (tengah), Masing (kiri) mendengar taklimat oleh Residen Bahagian Kapit Nyurak Keti (kanan) di tapak HEP Baleh di Kapit semalam.
TAKLIMAT: Abang Johari (tengah), Masing (kiri) mendengar taklimat oleh Residen Bahagian Kapit Nyurak Keti (kanan) di tapak HEP Baleh di Kapit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia