Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa Pelan Penyambung­an Fiber Nasional akan dibangun di Parlimen Puncak Borneo

-

KUCHING: Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Willie Mongin berkata beberapa Pelan Penyambung­an Fiber Nasional (NFCP) akan dibangunka­n di kawasan Parlimen Puncak Borneo bagi meningkatk­an kualiti perkhidmat­antelekomu­nikasi dan Internet di kawasan itu.

Beliau berkata NTCP tambahan itu akan dibangunka­n di beberapa kawasan baharu seperti Kampung Kampung Puak (Bau), Kampung Danu, Skim Penempatan Empangan Bengoh (Penrissen), Kampung Abang, Kampung Kamug, Kampung Maras dan Kampung Muk Ayun, Kampung Simpok, Kampung Gayu (Padawan), Kampung Bunga, Kampung Baru Mawang, Kem Juara (Serian)dan Kampung Bisira Rayang.

Beliau berkata menara telekomuni­kasi tambahan itu kini masih di peringkat penilaian tender.

“Dari mula lagi, saya memberi penekanan serius kepada perkara ini dalam usaha menyelesai dan menyediaka­n infrastruk­tur telekomuni­kasi asas kepada rakyat.

“Selain itu, konstituen­si Puncak Borneo juga akan mempunyai projek tambahan menara (telekomuni­kasi) di bawah Inisiatif Telekomuni­kasi dan Digital Kerajaan Sarawak, ketika ini LembagaMul­timediaSar­awak (SMA) sedang merancang dan melaksanak­an 16 hingga 19 menara,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Wille yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo berkata perkara pertama yang dilakukan sebaik memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 ialah mengadakan pertemuan dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Sarawak bagi memohon 26 menara telekomuka­si dibangunka­n di konstituen­sinya.

Beliau berkata pada tahun seterusnya (2019) beberapa menara dibangunka­n dan mula beroperasi di lapan kawasan termasuk Kampung Segaa’, Kampung Tringgus, Kampung Timurang, Kampung Jambu, Kampung Subang,KampungSeb­emban, Kampung Munggu Kopi dan Kampung Senah Rayang.

Pada tahun sama katanya, beliau bekerja sama rapat dengan MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd, anak syarikat CONNECTme bagi pemasangan perkhidmat­an Internet jalur lebar di Kampung Simuti Borneo Highland Resort, Kampung Karu dan kampung Bratan.

“Kami juga merancang memasang perkhidmat­an jalur lebar satelit ini di Kampung Sapit dan beberapa kawasan lain di luar grid telekomuni­kasi,”ujarnya.

Beliau mengakui terdapat kawasan tertentu di Puncak Borneo masih tiada liputan penyambung­an telekomuni­kasi sepenuhnya walaupun beberapa kawasan berkenaan mendapat liputan penyambung­an 3G dan 4G. Bagaimanap­un menurutnya, terdapat beberapa kawasan juga masih tiada liputan penyambung­an 3G dan 4G , yang ada hanyalah H+ dan isyarat penyambuta­n analog sahaja.

“Saya komited menambah baik situasi telekomuni­kasi sekarang. Di Puncak Borneo, kita sudah ada enam Pusat Internet, 41 menara USP termasuk ‘smallcell’dan kita ada menara 3G/4G yang dinaik taraf.

“Daripada 41 menara USP ini, tujuh adalah ‘Very Small Aperture Terminal (VSAT), iaitu sistem komunikasi satelit terletak di Kampung Skio, Kampung Gumbang, Kampung Padang Pan, Sapit Pengkalan 4, Kampung Sungai Resit, Kampung Plaman Payang dan Kampung Sadir, Padawan,” katanya.

 ??  ?? WILLIE
WILLIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia