Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi tangkap anjing liar, pemilik dinasihati tidak biar anjing berkeliara­n

-

KUCHING: Pemilik anjing di kawasan Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) dinasihati tidak membiarkan anjing peliharaan mereka berkeliara­n bebas pada 7 dan 8 Julai ini kerana pihak MPP sedang menjalanka­n operasi bersama untuk menangkap anjing liar dalam tempoh tersebut.

Operasi itu dilakukan berikutan MPP menerima banyak aduan daripada orang awam yang mengatakan bahawa terdapat banyak anjing liar yang berkeliara­n di kawasan tersebut.

“Pihak kami menerima banyak aduan berhubung anjing liar yang berkeliara­n di kawasan seperti di Kuching City Mall, MJC Batu Kawa, Moyan Square dan Matang Jaya.

“Operasi ini juga merupakan inisiatif pihak kami untuk mengekang penularan atau mencegah wabak rabies yang berupaya menjangkit­i manusia melalui gigitan haiwan,” jelas Pengerusi MPP Lo Khere Chiang.

Lo yang bercakap kepada pemberita semasa pelancaran operasi itu semalam, juga memaklumka­n bahawa anjing yang berkeliara­n di kawasan MPP mungkin sengaja dibiarkan bebas oleh pemiliknya dan bukan anjing terbiar.

Justeru, Lo menyelar tindakan pemilik anjing yang membiarkan anjing peliharaan mereka bebas kerana ia mungkin akan menyerang dan menggigit orang awam sehingga membahayak­an orang ramai dan seterusnya dikhuatiri akan menyebarka­n rabies.

“Selain khuatir dengan wabak COVID-19, pihak kami juga bimbang akan virus rabies serta kes gigitan anjing baru-baru ini.

“Oleh itu, kita mesti mengambil langkah berjagajag­a kerana rabies masih merupakan satu ancaman di kawasan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an pemilik anjing agar menjaga anjing peliharaan mereka dan tidak membiarkan ia berkeliara­n bebas walaupun sudah diberi vaksin.

Lo bagaimanap­un mendedahka­n, setakat ini tidak ada kes rabies yang dilaporkan berlaku di kawasan MPP dari tempoh 29 Disember 2019 hingga 4 Julai tahun ini, walaupun sejumlah 1,637 kes gigitan anjing dicatatkan berlaku dalam tempoh tersebut.

“Pihak kami telah menerima sejumlah 189 aduan berhubung anjing liar di kawasan MPP untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini (Januari hingga Jun 2020).

“Sejumlah 394 anjing liar juga telah ditangkap oleh pihak kami setakat ini. Kami masih menerima banyak aduan dan yakin bahawa jumlah anjing liar ini meningkat cepat,” katanya.

Anggota MPP melawat kawasan seperti Kuching City Mall, Desa Wira, MJC Batu Kawa, Bazar Lama Batu Kawa, Moyan Square, Taman Moyan dan Taman Genesis untuk operasi semalam.

Mereka akan melawat kawasan Flat Taman Seri Makmur, Taman Kopodims, Taman Matang Jaya, Pusat Komersial Lee Ling dan Taman Lee Ling pada hari ini (8 Julai) untuk operasi yang sama.

Hadir sama dalam upacara pelancaran operasi tersebut adalah Ketua Bahagian Pembanguna­n Komuniti dan Korporat MPP Ng Siang Wei dan Setiausaha MPP Elizabeth Loh.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? PENERANGAN: Lo (kiri) dan Ng mendengar taklimat daripada Loh selepas operasi dilancarka­n semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi PENERANGAN: Lo (kiri) dan Ng mendengar taklimat daripada Loh selepas operasi dilancarka­n semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia