Utusan Borneo (Sarawak)

Cegah wabak Bubonik sebelum terlambat

-

LAHAD DATU: Wabak Bubonik perlu diberi perhatian kerana mampu membunuh dalam masa 24 jam jika tidak dirawat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluark­an amaran itu berikutan laporan dua beradik meninggal dunia di utara China akibat wabak itu.

Seramai 146 individu yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa juga telah diasingkan dan menerima rawatan di hospital.

Bagi Barlianta Abdul Hakim, perkembang­an itu memberi isyarat kepada kerajaan untuk mengambil tindakan pencegahan.

“Mencegah itu lebih baik daripada merawat jadi sebelum ia memberi kemudarata­n kepada rakyat, kerajaan perlu bertindak segera,” katanya.

Menurutnya, meskipun Malaysia memiliki pengalaman pengendali­an pencegahan wabak pandemik COVID-19 yang baik namun wabak Bubonik wajar diberi perhatian.

Katanya, segala keputusan yang berkaitan dengan dasar buka pintu pengunjung dari luar negara antara langkah pencegahan yang relevan untuk dipertingk­at.

“Kita perlukan polisi terbaik untuk menghadapi keberangka­lian serangan wabak ini dan ia wajar diputuskan dengan mengutamak­an keselamata­n kesihatan rakyat,” katanya.

Bagi Asmawati Roslan pula, kerajaan negeri perlu memuktamad­kan keputusan membuka sempadan untuk dikunjungi pelancong negara zon hijau termasuk China.

“Saya risau dengan menerima kemasukan kunjungan dari luar negara terutamany­a pelancong akan memudaratk­an kita di sini.

“Namun saya percaya, dengan pengalaman lalu pentadbira­n negeri akan membuat keputusan terbaik demi kepentinga­n rakyat,” katanya.

Beliau turut mencadangk­ah agar perkembang­an wabak Bubonik dipantau dan diteliti dengan baik kerana tindakan susulan pencegahan­nya memerlukan kerjasama semua pihak termasuk rakyat.

 ??  ?? ASMAWATI
ASMAWATI
 ??  ?? BARLIANTA
BARLIANTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia