Utusan Borneo (Sarawak)

Isu wabak Bubonik yang dikesan di China perlu diberi perhatian

-

SANDAKAN: Isu wabak Bubonik yang dikatakan dikesan berlaku di China baru-baru ini perlu diberi perhatian penuh.

Bagi seorang pengguna, Rahim Harun, wujud kebimbanga­n penularan wabak itu boleh menjadi semakin teruk sama seperti yang dihadapi seluruh dunia ketika ini iaitu wabak COVID-19.

Katanya, laporan daripada media menyatakan wabak Bubonik dikesan berlaku akibat daripada memakan haiwan marmot.

“Saya tidak mempunyai latar belakang perubatan, tetapi kronologi wabak Bubonik dan COVID-19 seakan-akan sama.

“Oleh itu, pihak kerajaan terutamany­a Kementeria­n Kesihatan Malaysia dengan kerjasama pihak berkaitan perlu memberi perhatian penuh sama ada wabak Bubonik ini berisiko atau sebaliknya,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Hamizah Abdullah, berkata kerajaan perlu mempertimb­ang untuk membuka semula pintu sempadan kepada negara zon hijau bukan sahaja bagi COVID-19, tetapi juga wabak-wabak lain yang berisiko.

Jelasnya, wabak Bubonik masih terlalu baharu ketika ini dan berikutan itu risiko, kesan dan juga kaedah penyembuha­nnya masih tidak diketahui.

“Ketika ini seluruh dunia masih bergelut dengan COVID-19 dan wabak Bubonik masih terlalu baharu. Tetapi ia tidak bermakna kita hanya sekadar memandang ringan wabak ini.

“Kita boleh guna sejarah, strategi, pengalaman dan kepakaran dalam menangani COVID-19 untuk berdepan dengan wabak Bubonik pula.

“Dan sekiranya wabak ini berisiko tinggi dan memudaratk­an, adalah lebih baik jika kerajaan negeri menapis kemasukan warga asing sekiranya pintu sempadan dibuka nanti,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia