Utusan Borneo (Sarawak)

50 KIR terima sumbangan ASAPS

- Oleh Kenneddy Corlleus

PENAMPANG: Seramai 50 ketua isi rumah (KIR) di Kampung Babah, di sini kelmarin menerima bantuan keperluan harian daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), Angkatan Sukarelawa­n Anak Pribumi Sabah (ASAPS).

Naib presidenny­a Kennedy Chong berkata, bantuan berbentuk keperluan harian itu diserahkan kepada wakil penduduk di kampung berkenaan kemudian diagihkan mereka yang terlibat.

Kennedy dalam ucapan ringkas semasa majlis penyerahan bantuan berkata, sumbangan yang diberikan itu diharap dapat membantu meringanka­n beban mereka yang terjejas banjir barubaru ini.

Beliau percaya, walaupun sumbangan berkenaan tidak sebesar mana namun jika bantuan itu diagihkan kepada golongan sasar yang susah dan memerlukan, pemberian itu amat bermakna buat mereka.

“Saya harap kita dapat bantu mereka yang susah akibat musibah yang berlaku baru-baru ini. Sumbangan kami tidaklah sebesar mana pun tapi saya percaya ia dapat meringanka­n beban mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan penyampaia­n bantuan secara simbolik kepada wakil penduduk di kampung itu.

Dalam perkembang­an lain, Kennedy memberitah­u, pihaknya akan meneruskan pemberian sumbangan kepada golongan sasar di daerah-daerah lain di negeri ini sebagai usaha membantu golongan berkenaan.

Sebelum ini, beliau turut mengagihka­n bantuan serupa di beberapa buah kampung dalam daerah Papar kepada mangsa yang terjejas akibat banjir teruk yang melanda daerah itu.

“Saya akan meneruskan program ini di beberapa daerah di Sabah dalam masa terdekat bagi memastikan golongan sasar yang layak tidak tercicir daripada mendapat bantuan,” katanya.

 ??  ?? AGIH: Kennedy membuat penyerahan simbolik kepada wakil penduduk sempena program itu.
AGIH: Kennedy membuat penyerahan simbolik kepada wakil penduduk sempena program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia