Utusan Borneo (Sarawak)

41,000 murid KAFA mulakan sesi pembelajar­an pada 3 Ogos depan

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Lebih 41,000 murid daripada 950 buah Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Sabah akan memulakan sesi pembelajar­an di sekolah pada 3 Ogos depan.

Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah Norjeli Dais berkata, pembukaan sekolah ini dibuat setelah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Fatwa Negeri Sabah dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Namun, terdapat juga pusat pembelajar­an KAFA yang masih dalam pertimbang­an terutamany­a kelas pembelajar­an yang dilakukan di kawasan masjid-masjid di daerah ini.

“Dalam situasi sekarang, kita masih menunggu Majlis Fatwa untuk mendapatka­n keputusan sama ada masjid boleh digunakan sepenuhnya atau tidak. Sekiranya boleh maka pembelajar­an akan dilakukan secara serentak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan di Kelas KAFA Baitul Farihin, Kampung Kongsi 8, di sini, semalam.

Mengulas mengenai lawatan itu, beliau berkata program yang diadakan di daerah Tawau dan Semporna ini bertujuan melihat sendiri kelas-kelas KAFA yang bakal dibuka bagi memastikan semuanya bersedia dari segi penyediaan prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan.

“Sebelum kelas beroperasi, menjadi tanggungja­wab kami sebagai pengurusan JAKIM dan KAFA peringkat negeri untuk memastikan semua persediaan dilakukan dengan baik berpanduka­n SOP yang digariskan oleh KPM.

“Setelah meninjau kelas KAFA di sini, kami mendapati pihak pengurusan sekolah sudah bersedia untuk menerima semua murid pada 3 Ogos akan datang,” katanya.

Beliau berkata, semua guru-guru KAFA di negeri ini diharapkan mengambil berat soal pematuhan semua SOP demi memastikan keselamata­n murid terjamin.

“Ibu bapa murid memberikan kepercayaa­n penuh kepada guru untuk memastikan anak mereka dalam keadaan selamat. Oleh itu, guru perlu bersungguh­sungguh menjaga keselamata­n murid mereka.

“Antara SOP yang perlu dijaga termasukla­h pemakaian cecair sanitasi, menyukat suhu badan, menggunaka­n pelitup muka, penjarakan sosial dan menjaga kebersihan,” katanya.

Bagaimanap­un, sekiranya terdapat kelas masih belum membuat persediaan SOP yang ditetapkan atas sebab-sebab tertentu, kita tidak akan benarkan mereka beroperasi sehingga kelas berkenaan betul-betul bersedia.

“Namun, murid di kelas berkenaan akan menjalanka­n pembelajar­an secara dalam talian, hal ini kerana kita tidak mahu ada berlaku sesuatu diluar jangka yang menyebabka­n terjadinya kluster murid KAFA,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Norjeli (duduk tengah) bersama Penyelia KAFA Tawau Saiful Khair Mohd Sampon, penyelaras dan Guru Kelas KAFA Baitul Farihin, Kg Kongsi 8 bergambar kenangan.
KENANGAN: Norjeli (duduk tengah) bersama Penyelia KAFA Tawau Saiful Khair Mohd Sampon, penyelaras dan Guru Kelas KAFA Baitul Farihin, Kg Kongsi 8 bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia