Utusan Borneo (Sarawak)

JKNS perlu kemuka maklumat terperinci

Mengenai lokasi pernah dikunjungi pesakit COVID-19 untuk pengetahua­n orang awam

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) perlu mengemukak­an maklumat lebih terperinci mengenai perkembang­an COVID-19 khususnya kes berkaitan lokasi-lokasi yang pernah dilawati oleh pesakit berkenaan.

Ketua Pergerakan Pemuda Parti Liberal Demokratik (LDP) Pusat Sim Fui berkata, keadaan itu boleh mengurangk­an kebimbanga­n orang awam yang tinggal di kawasan sama dengan pesakit berkenaan.

“Kes di Luyang barubaru ini contohnya, kita tahu pesakit itu berasal dari Luyang tetapi maklumat lanjut mengenai di mana pesakit itu pernah melawati tidak diketahui.

“Berikutan tanpa maklumat berkenaan, masyarakat Luyang tertanya-tanya bila dan di mana pesakit berkenaan terjangkit dengan COVID-19 serta lokasi tempat tinggalnya.

“Keadaan ini menimbulka­n pelbagai spekulasi dan kerisauan dalam kalangan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, penduduk awam juga mempersoal­kan statistik COVID-19 yang dikeluarka­n pihak berkaitan. Walaupun terdapat tindakan untuk menyiasat sumber jangkitan tetapi keputusan siasatan itu tidak pernah diumumkan.

Katanya, orang awam mempunyai hak untuk mengetahui di mana pesakit dijangkiti virus agar kunjungan ke lokasi berkenaan boleh dielakkan.

“Saya berharap JKNS boleh menyediaka­n maklumat lebih terperinci agar orang awam boleh mengambil langkah berhati-hati.

“Walaupun sentiasa diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP), norma baharu, elakkan kawasan ramai orang tetapi adakah pendekatan­pendekatan berkenaan dapat mengurangk­an kerisauan masyarakat terhadap penularan COVID-19, mereka berasa bimbang disebabkan tidak mengetahui secara lebih terperinci mengenainy­a,” katanya.

Menurutnya, banyak perniagaan mula beroperasi dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan masyarakat mula keluar beramai-ramai di tempat awam, sudah pastinya langkah berjaga-jaga lebih sukar untuk diamalkan.

Sim juga ingin mengetahui sama ada aplikasi seperti MySejahter­a dan Sabah Trace dapat memberikan maklumat lebih terperinci kepada pengguna.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang Phoong Jin Zhe sebelum ini juga telah memberikan maklum balas kepada netizen di Facebook yang mengatakan bahawa beliau gagal untuk mendapatka­n maklumat lebih lanjut daripada JKNS mengenai pesakit COVID-19 yang berasal dari Luyang.

“JKNS dan ADUN atau pemimpin tempatan lain harus bekerjasam­a untuk mendapatka­n maklumat lebih lanjut mengenai jangkitan berkenaan dan pastikan para pemimpin disalurkan maklumat wajar untuk melaksanak­an langkah pencegahan.

“Masyarakat harus mengetahui perkara sebenar dan diharapkan pihak berkaitan untuk sentiasa berkongsik­an maklumat itu,” katanya.

Katanya, setiap pengunjung akan diperiksa suhu badan sebelum memasuki mana-mana premis perniagaan, tetapi berapa ramai antara mereka diberi notis untuk melakukan saringan COVID-19 atau kuarantin disebabkan pesakit sebelumnya yang positif telah melawati lokasi dikunjungi mereka.

“Kita tidak tahu sama ada SOP ini berkesan kecuali JKNS menyalurka­n maklumat secara terperinci.

“Perangi COVID-19 memerlukan setiap orang awam memainkan peranan dan ia haruslah dimulakan dengan memberikan maklumat lebih terperinci agar langkah pencegahan boleh diambil,” katanya.

 ??  ?? SIM FUI
SIM FUI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia