Utusan Borneo (Sarawak)

JHEWA salur maklumat kepada lebih 18,000 ibu tunggal menerusi sistem WISE

-

SANDAKAN: Sejak 18 Mac lepas, kira-kira 18,700 ibu tunggal di Sabah telah mendaftar dengan Program Sistem Elektronik Maklumat Wanita (WISE), sebuah inisiatif Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).

Pengarah JHEWA Mastura Jamrah berkata sistem itu yang boleh diakses menerusi laman sesawang wise.sabah. gov.my, memudahkan kerajaan negeri menyalurka­n maklumat mengenai pembanguna­n wanita dan bantuan kepada golongan yang layak.

“JHEWA menyedari masalah capaian jalur lebar di kawasan tertentu seperti di luar bandar yang menyukarka­n golongan wanita mendaftar ke sistem ini.

“Bagaimanap­un, kami (JHEWA) akan berusaha memperbaik­i sistem WISE ini agar boleh diakses oleh semua wanita,” katanya pada majlis penyampaia­n Bantuan COVID-19 Sabah kepada golongan ibu tunggal di

Sandakan di sini kelmarin.

Mastura berkata lebih 14,000 ibu tunggal telah menerima bantuan RM300 yang dibayar sekali itu, termasuk bantuan RM300 oleh Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sementara itu, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon berharap semua wanita, khususnya ibu tunggal, tidak melepaskan peluang memohon pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi mengurangk­an beban tanggungan keluarga, terutama yang terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kewujudan wanita sebagai ibu dan ketua keluarga tanpa kehadiran lelaki bergelar suami memerlukan pembelaan dan bantuan oleh pihak kerajaan demi memperkasa­kan golongan ibu tunggal sebagai ahli masyarakat yang progresif dan inklusif,” katanya. — Bernama

 ??  ?? KERJASAMA: Nicol, sebagai Duta AIA Malaysia akan bekerjasam­a dengan AIA untuk membantu rakyat Malaysia hidup Lebih Sihat, Berpanjang­an, dan Bermakna.
KERJASAMA: Nicol, sebagai Duta AIA Malaysia akan bekerjasam­a dengan AIA untuk membantu rakyat Malaysia hidup Lebih Sihat, Berpanjang­an, dan Bermakna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia