Utusan Borneo (Sarawak)

AIA lantik Datuk Nicol David sebagai duta AIA

-

KUALA LUMPUR: AIA Malaysia berganding bahu bersama Datuk Nicol David, yang baru dilantik sebagai duta syarikat bagi meneruskan misinya untuk membantu rakyat Malaysia hidup Lebih Sihat, Berpanjang­an, dan Bermakna.

Nicol akan memainkan peranan aktif dalam mempromosi­kan usaha syarikat insurans terkemuka itu dalam memperkasa­kan rakyat Malaysia untuk memperting­katkan tahap kesihatan dan kesejahter­aan mereka berdasarka­n prinsippri­nsip utama AIA iaitu badan sihat, diet sihat, rohani sihat serta perancanga­n sihat.

Mengumumka­n kerjasama itu semalam, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd Ben Ng berkata, pihaknya amat berbesar hati mengalu-alukan Nicol yang telah banyak memberi kesan positif terhadap dunia sukan global, ke dalam keluarga AIA.

“Kerjasama ini tepat pada masanya, di mana terdapat peningkata­n kesedaran terhadap kepentinga­n kesihatan di kalangan rakyat Malaysia, terutamany­a sejak beberapa bulan kebelakang­an ini.

“Kami amat gembira dapat bekerjasam­a dengan Nicol, salah seorang ikon sukan tersohor dikalangan rakyat Malaysia di mana populariti­nya merentas generasi - untuk mendorong dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjaga diri dan keluarga mereka sebaiknya,” katanya.

Nicol berkata, “kesihatan sentiasa menjadi keutamaan saya, sama ada dalam kerjaya profesiona­l sebagai seorang atlet mahupun untuk keyakinan peribadi saya sebagai seorang individu.

“Disebabkan ini juga saya dapat merasakan keserasian dengan AIA dan saya berbesar hati menyokong inisiatif mereka agar rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bermakna.

“Saya juga cukup teruja menjadi sebahagian daripada komuniti AIA Vitality – saling memberi motivasi untuk mencapai matlamat kesihatan masing-masing dan terus memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menyertai program bermanfaat ini," katanya.

Dengan kerjaya skuasy yang mengagumka­n selama 19 tahun, Nicol adalah seorang wira sukan negara yang telah mewakili Malaysia di peringkat global, menjadikan­nya individu yang disegani dan mempunyai daya tarikan yang mampu mempengaru­hi dan menyatukan rakyat Malaysia.

Sepanjang tempoh kegemilang­an kariernya, Nicol menguasai kedudukan global dengan merangkul Gelaran Dunia sebanyak lapan kali dan memegang kedudukan di tangga Nombor 1 Dunia selama 109 bulan berturut-turut.

Nicol memenangi gelaran dunia pertamanya pada usia 15 tahun, menjadikan­nya atlet Malaysia pertama yang dinobatkan gelaran itu seawal usia itu.

Selain itu, Nicol terpilih sebagai G.O.A.T (Greatest of All Time) oleh peminat sukan dan skuasy – suatu penghargaa­n yang dianugerah­kan buat atlet yang telah merangkul sembilan Gelaran Asia.

Setelah mengumumka­n persaraany­a pada tahun 2019, kedudukan Nicol sebagai contoh teladan kepada segenap lapisan rakyat Malaysia tetap kukuh sehingga kini di mana beliau terus menyumbang kepada arena sukan dan pada masa yang sama, memperkasa­kan generasi muda untuk kekal cergas dan aktif.

Sebagai ikon sukan yang terkenal, Nicol tidak asing lagi dari topik kesihatan dan kecergasan, malah perjalanan­nya dalam dunia sukan bertepatan dengan peranannya sebagai duta AIA dalam menggalakk­an rakyat Malaysia meningkatk­an kesejahter­aan fizikal dan mental mereka serta menjalani gaya hidup yang sihat.

Selain menjadi wajah kepada AIA Malaysia, Nicol juga akan memainkan peranan khusus dalam mempromosi­kan AIA Vitality, sebuah program perubahan tingkah laku unik AIA yang membolehka­n individu mengawal kesihatan, kehidupan dan kesejahter­aan mereka.

Bersama-sama dengan AIA, Nicol akan membantu inisiatif ini untuk mendorong dan memotivasi­kan ahli AIA Vitality serta rakyat Malaysia dalam membuat pilihan yang positif dan sihat setiap hari - agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Nicol juga akan menyokong beberapa aktiviti komuniti dan perniagaan penting AIA dalam memaparkan dan menunjukka­n manfaat yang dapat diperolehi dengan mengekalka­n gaya hidup yang sihat.

 ??  ?? MOTIVASI: Sebagai Duta AIA Malaysia, Datuk Nicol David memotivasi­kan ahli AIA Vitality serta rakyat Malaysia dalam membuat pilihan yang positif dan sihat setiap hari.
MOTIVASI: Sebagai Duta AIA Malaysia, Datuk Nicol David memotivasi­kan ahli AIA Vitality serta rakyat Malaysia dalam membuat pilihan yang positif dan sihat setiap hari.
 ??  ?? DUTA: AIA Malaysia mengalu-alukan Datuk Nicol David sebagai duta.
DUTA: AIA Malaysia mengalu-alukan Datuk Nicol David sebagai duta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia