Utusan Borneo (Sarawak)

UPKO Kota Belud sokong usaha kerajaan tangani isu kebajikan rakyat pasca-PKP

-

KOTA BELUD: UPKO Bahagian Kota Belud memberi sokongan penuh kepada pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Sabah untuk menangani isu berkaitan kebajikan rakyat pasca-Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Bahagian Datuk Ewon Benedick berkata, isu kebajikan rakyat, selain pembanguna­n infrastruk­tur, merupakan antara isu yang dibincangk­an dalam mesyuarat Jawatankua­sa Bahagian UPKO Kota Belud kelmarin.

“Penularan wabak COVID-19 telah menjejaska­n semua rakyat sebab banyak yang kehilangan pekerjaan, ada perusahaan atau perniagaan yang dikecilkan dan ditutup.

“Inilah isu besar yang menjadi keprihatin­an utama rakyat pada masa ini, selain daripada pembanguna­n infrastruk­tur berterusan yang diperlukan bagi memacu semula ekonomi,” katanya.

Pimpinan UPKO Kota Belud turut merakamkan penghargaa­n kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutua­n dalam menangani penularan pandemik COVID-19 melalui pelaksanaa­n PKP serta pelbagai inisiatif bantuan terus kepada rakyat.

“Selaku Ahli Jemaah Menteri Sabah, saya ambil maklum keprihatin­an pimpinan, ahli-ahli parti dan rakyat yang mengharapk­an inisiatif-inisiatif kebajikan terus diperkasak­an.

“Justeru, bagi UPKO Kota Belud, kita memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Negeri bagi menangani isuisu kebajikan rakyat ini sama ada melalui inisiatif jangka pendek mahupun inisiatif jangka panjang,” katanya.

Selaku Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah, Ewon berkata kementeria­nnya akan melaksanak­an pembinaan 300 unit Rumah Sejahtera Rakyat Sabah pada tahun ini dengan peruntukan RM18 juta yang telah diluluskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Peruntukan ini diluluskan bagi membantu kebajikan rakyat yang memerlukan dan merupakan antara inisiatif pasca PKP yang akan dilaksanak­an oleh KPLB Sabah.

“Saya akan terus berusaha mendapatka­n peruntukan melalui sokongan Ketua Menteri agar dapat melaksanak­an inisiatif-inisiatif baharu di Kementeria­n khususnya yang berkaitan dengan kebajikan rakyat termasuk program-program dan aktiviti ekonomi tambahan kelak.

“Pakej-pakej bantuan COVID-19 yang telah dilancarka­n dan dilaksanak­an oleh Kerajaan Negeri menunjukka­n komitmen tinggi kita membantu rakyat. Saya amat yakin lebih banyak lagi inisiatif akan diperkenal­kan bagi membela kebajikan rakyat pasca PKP selepas ini,” katanya.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian turut menyampaik­an sumbangan 3,000 helai pelitup muka kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Belud dan ahliahli jawatankua­sa bahagian UPKO.

 ??  ?? KENANGAN: Ewon bergambar bersama ahli jawatankua­sa Upko Bahagian selepas mempengeru­sikan mesyuarat AJK Bahagian UPKO Kota Belud.
KENANGAN: Ewon bergambar bersama ahli jawatankua­sa Upko Bahagian selepas mempengeru­sikan mesyuarat AJK Bahagian UPKO Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia