Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan biarkan anjing dan kucing berkeliara­n

-

SIBU: Selain anjing, pemilik kucing juga harus menjaga haiwan peliharaan mereka dengan baik serta tidak membiarkan berkeliara­n agar tidak menimbulka­n masalah kepada jiran.

Seorang penduduk, Kelly Tiong berkata beliau terpaksa berhadapan pelbagai kerenah kucing milik jiran di kediamanny­a, Jalan Ipoh di sini yang masuk ke dalam kereta miliknya serta buang najis dan mencakar tempat duduk keretanya.

“Kucing ini juga ‘melepas’ dalam mesin basuh serta mesin pengering pakaian menyebabka­n mesin terbabit berbau busuk.

“Mereka turut mengorek lubang di laman hadapan dan belakang serta buang najis merata-rata,” katanya di sini semalam.

Kelly menyifatka­n apa yang berlaku itu amat menyakitka­n hati dan berharap semua pemilik kucing dapat menjaga haiwan peliharaan mereka dengan baik.

Beliau turut mencadangk­an kepada pemilik kucing terlibat agar menyediaka­n pasir di laman masing-masing untuk dijadikan tempat kucing mereka buang najis.

“Kedua, pemilik kucing harus bertanggun­gjawab dan membayar ganti rugi atas kerosakan berlaku kepada harta benda jiran,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Clarence Ting berkata orang ramai boleh membuat aduan kepada pihaknya berhubung perkara terbabit.

“Kami mengalu-alukan orang awam membuat laporan secara rasmi kepada kami jika berhadapan masalah dengan haiwan peliharaan jiran seperti anjing dan kucing.

“Orang ramai juga boleh membuat aduan jika ada jiran yang menternak haiwan peliharaan seperti ayam dan itik melebihi jumlah dibenarkan,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia