Utusan Borneo (Sarawak)

Terowong dasar laut: KM Pulau Pinang beri keterangan empat jam

-

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hadir di pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini semalam bagi memberi keterangan berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Pemimpin utama negeri itu tiba di bangunan SPRM jam 8.55 pagi dan berada di bangunan tersebut selama empat jam 15 minit.

Sejurus keluar dari bangunan SPRM jam 1.15 petang, Chow yang dikerumuni pemberita berkata fokus keterangan beliau kepada SPRM ialah berhubung projek terowong dasar laut.

“Saya telah memberi keterangan kepada SPRM sejak 9 pagi dan fokus adalah terhadap projek terowong serta pengesahan akan keputusan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) terhadap projek ini (terowong dasar laut),” katanya, sambilmena­mbah tiada sebarang dokumen diserahkan kepada SPRM.

Ketika ditanya tentang tempoh yang agak lama diambil beliau untuk memberi keterangan, Chow berkata seperti kelaziman pertanyaan dimulai dengan latar belakang beliau dan disusuli tentang bidang kuasanya sebagai exco.

Turut dilihat memasuki bangunan SPRM semalam ialah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus, bekas Exco Pembanguna­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Negeri Danny Law Heng Kiang serta bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit Lydia Ong Kok Fooi.

Semalam, tiga exco negeri iaitu Jagdeep Singh Deo, Chong Eng dan Phee Boon Poh hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan juga berhubung projek mega tersebut yang melibatkan anggaran kos keseluruha­n RM6.3 bilion.

Pada Jumaat lepas, dua pasukan daripada SPRM mengambil keterangan beberapa petugas di pejabat Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P. Ramasamy dan pejabat Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Negeri Zairil Khir Johari.

Sebelum ini, bekas Pengerusi Suruhanjay­a Pelabuhan Pulau Pinang Jeffrey Chew yang ditahan reman selama empat hari mulai 1 Julai oleh SPRM untuk membantu siasatan berhubung projek itu, dibebaskan dengan jaminan SPRM pada Sabtu lepas (4 Julai). — Bernama

 ??  ?? PEMIMPIN MASA DEPAN: Safiee (baris depan, dua kanan) mengetuai exco-exco SABERKAS Daro pada mesyuarat tersebut.
PEMIMPIN MASA DEPAN: Safiee (baris depan, dua kanan) mengetuai exco-exco SABERKAS Daro pada mesyuarat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia