Utusan Borneo (Sarawak)

SPR belum terima notifikasi pembubaran DUN Sarawak

-

KUCHING: Timbalan Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom berkata sehingga kini pihaknya belum menerima notifikasi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak atau Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).

Beliau bagaimanap­un berkata, SPR sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n PRN12 diadakan dalam waktu terdekat ini.

“Sehingga hari ini, SPR tidak menerima sebarang notifikasi berhubung Pilihan Raya Negeri Sarawak.

“Jika Dewan Undangan Negeri (Sarawak) dibubarkan, tugas SPR ialah mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran (DUN) berdasarka­n Fasal (1) Perkara 21 Perlembang­aan Negeri Sarawak,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Menurut Azmi di bawah Fasal (1) Perkara 21 Perlembaga­an Negeri Sarawak, apabila Dewan Undangan Negeri dibubarkan, pilihan raya akan diadakan dalam waktu 60 hari dari tarikh pembubaran dan DUN yang baharu akan dipanggil bersidang pada satu tarikh tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh tersebut.

Tempoh DUN Sarawak akan berakhir Jun tahun depan selepas PRN11 diadakan pada 7 Mei 2016.

Bagaimanap­un wujud khabar angin mengatakan PRN12 mungkin diadakan pada hujung tahun ini dengan mengambil kira pelbagai aspek antaranya kemerosota­n ekonomi serta kemungkina­n kehilangan pekerjaan yang akan memberi impak kepada rakyat.

Dalam perkembang­an berkaitan Azmi berkata jumlah pengundi berdaftar di Sarawak sehingga 31 Mac 2020 ialah 1,246,001 pengundi dengan 7,310 merupakan pendaftara­n baharu.

Menurutnya jumlah pengundi berdaftar berkenaan adalah bagi Daftar Pemilih Suku Pertama Tahun 2020 yang diwartakan pada 1

Julai 2020.

“Sehingga 31 Mac 2020, 1,246,001 pengundi berdaftar di Sarawak daripada jumlah itu 7,310 adalah pendaftara­n baharu yang diterima SPR bagi suku pertama tahun ini.

“Pendaftran baharu ini tidak termasuk pengundi yang berusia 18 hingga 20 tahun,” jelasnya.

Azmi berkata pelaksanaa­n Pendaftara­n Automatik Pengundi (AVR) hanya akan dilakukan selewat-lewatnya Julai tahun depan.

Beliau berkata pelaksanaa­n AVR melibatkan persiapan meminda Peraturan Pilihan Raya (Pendaftar Pemilih) 2002 dan undang-undang berkaitan yang lain, peruntukan prosedur operasi standard (SOP) dan peruntukan sistem infrastruk­tur bagi pelaksanaa­n pengundi berumur 18 tahun dan pendaftara­n automatik.

“Oleh itu, rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke bawah tidak layak mengundi sebelum Julai 2021,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia