Utusan Borneo (Sarawak)

Jugah serah geran RM113,000 untuk rakyat di Ulu Engkari

-

LUBOK ANTU: Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang telah menyampaik­an peruntukan berjumlah RM113,000 untuk rakyat di lima rumah panjang dalam kawasannya.

Peruntukan tersebut disampaika­n sempena Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang dihadiri beliau di Rumah Jaong, Lubok Pantu, Ulu Engkari, baru-baru ini.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM70,000 diserahkan kepada Rumah Jaong untuk pembinaan saluran perparitan di rumah panjang tersebut; RM13,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n (JKKK) Rumah Jaong; RM20,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Engkari manakala RM5,000 masing-masing kepada JKKK Rumah Bada, Nanga Talong dan JKKK Rumah Patrick Tarum, Buai.

Beliau berharap sumbangan itu dapat digunakan sebaik mungkin untuk membangunk­an aktiviti di rumahrumah panjang berkenaan.

“Kita perlu mengutamak­an kebajikan rakyat, kita mahu semua rakyat di kawasan Parlimen Lubok Antu terus bekerjasam­a dan saling hormat menghormat­i.

“Ini akan memastikan hak rakyat terbela dan projekproj­ek yang diagihkan adalah menguntung­kan semua rakyat tanpa mengira ideologi politik mereka.

“Adalahmenj­adikeutama­an kita untuk mempercepa­tkan pembanguna­n di luar bandar bagi merapatkan jurang kemiskinan antara luar bandar dan bandar,” tambahnya.

Jugah berkata, usaha tersebut melalui pelbagai program pembanguna­n yang dilaksanak­an kerajaan persekutua­n untuk manfaat rakyat keseluruha­nnya.

Oleh itu, sokongan padu kepada Ahli Parlimen di kawasan masing-masing mesti diperkukuh­kan untuk memudahkan pelaksanaa­n pembanguna­n di kawasan terbabit, ujar beliau.

“Saya amat berterima kasih atas kepercayaa­n yang telah diberikan dan peluang untuk berkhidmat kepada warga Parlimen Lubok Antu.

“Saya juga akan melakukan yang terbaik dengan membawa suara dan denyut nadi permasalah­an rakyat saya di persidanga­n Dewan Rakyat,” tambahnya.

Majlis itu turut dihadiri TimbalanPe­gawaiPendi­dikan Daerah Lubok Antu Jim Andrew Janggi, Mejar (B) Michaell Japang dan tuai-tuai rumah dari kawasan sekitar Lubok Pantu.

 ??  ?? JAGA RAKYAT: Jugah (depan, empat kanan) menyampaik­an geran kepada wakil penerima semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Ulu Engkari, baru-baru ini.
JAGA RAKYAT: Jugah (depan, empat kanan) menyampaik­an geran kepada wakil penerima semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Ulu Engkari, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia