Utusan Borneo (Sarawak)

Pembukaan spa dan pusat refleksolo­gi melegakan pekerja

Sejak pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac lalu, pekerja sektor berkenaan telah hilang punca pendapatan

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Keputusan kerajaan membenarka­n spa dan pusat refleksolo­gi beroperasi semula mulai semalam, memberi kelegaan kepada pekerja dalam sektor berkenaan.

Seorang juruterapi pusat refleksolo­gi di Sibu, Melody Matubis, 29, berkata, sejak pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu, dia dan rakan sekerjanya telah hilang punca pendapatan.

Katanya, mereka hanya bergantung kepada bantuan makanan yang diberikan oleh majikan.

“Saya berasa gembira dan bersyukur kerana dapat kembali bekerja setelah hampir tiga bulan tiada sumber pendapatan untuk menyara diri.

Saya berasa gembira dan bersyukur kerana dapat kembali bekerja setelah hampir tiga bulan tiada sumber pendapatan untuk

” menyara diri.

Melody Matubis

Juruterapi

“PKP yang bermula 18 Mac, disusuli PKP Bersyarat pada 4 Mei dan PKP Pemulihan pada 10 Jun, menyebabka­n kami kehilangan punca pendapatan,” katanya kepada pemberita semalam.

Namun katanya, dia akan mengambil langkah berjagajag­a bagi memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi sepenuhnya.

“Kami telah membuat persediaan awal dengan melakukan sanitasi ke atas semua peralatan dan perabot yang akan digunakan oleh pelanggan.

“Kami juga akan memastikan pelanggan yang datang adalah dalam keadaan sihat dan merekodkan maklumat mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Melody yang berasal dari Filipina mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang refleksolo­gi, turut menzahirka­n sedikit kebimbanga­n untuk menerima pelanggan dalam situasi pandemik yang masih belum pulih sepenuhnya.

Katanya, apa yang lebih merisaukan­nya adalah untuk menerima pelanggan warga asing kerana situasi COVID19 di luar negara pada masa ini lebih teruk berbanding dalam negara.

“Sebab itu kita mahu memastikan semua pelanggan kita mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

 ??  ?? KEMBALI BEKERJA: Melody (kanan) bersama rakan sekerjanya yang turut berasa lega kerana dapat kembali berkerja.
KEMBALI BEKERJA: Melody (kanan) bersama rakan sekerjanya yang turut berasa lega kerana dapat kembali berkerja.
 ??  ?? IKUT SOP: Pekerja sebuah spa di Sibu di sini membuat tanda penjarakan sosial bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
IKUT SOP: Pekerja sebuah spa di Sibu di sini membuat tanda penjarakan sosial bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia