Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha pusat urutan, rekfleksol­ogi, spa berlesen sedia mematuhi SOP

-

KUCHING: Rata-rata pengusaha pusat urutan, rekfleksol­ogi dan spa berlesen di bandar ini, menyatakan kesediaan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi membendung penularan COVID-19.

Tinjauan semalam mendapati beberapa pengusaha dan pengendali pusat terbabit sedang melakukan persediaan bagi memulakan kembali operasi premis sebaik pengumuman pembukaan dibuat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) semalam.

Malah ada juga dalam kalangan pengusaha pusat urutan, rekfleksol­ogi dan spa telah membuat persediaan lebih awal selepas tiga bulan premis tidak beroperasi berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengurus Norandiy Hijamah Spa, Norlily Aqmar berkata, pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengenai kebenaran beroperasi itu amat dinantinan­tikan.

“Berita gembira itu telah saya kongsikan kepada pelanggan tetap kami, malah saya turut mengingatk­an mereka untuk patuh SOP yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Sejak premis itu dibuka pada 2016, kata beliau, pihaknya sudah mempraktik­kan SOP yang ketat ketika menerima pelanggan.

“Antara SOP yang kami sentiasa amalkan sejak dahulu lagi termasuk menyediaka­n borang pendaftara­n dan pengisytih­araan kesihatan pelanggan, menerima pelanggan melalui tempahan dalam talian, penjarakan kedudukan katil tiga meter, menyediaka­n pensanitas­i tangan di setiap bilik, penggunaan sarung tangan dan pelitup muka.

“SOP ketat ini penting kerana industri ini amat menitikber­atkan aspek kebersihan apatah lagi kami yang sentiasa berdepan dengan pelanggan.

“Jadi, untuk mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, kami sememangny­a tiada masalah,” ujarnya.

Tambahan pula, kata Norlily, pihaknya kini ada menyediaka­n borang untuk diisi pelanggan menggunaka­n aplikasi dalam Google terlebih dahulu sebelum mereka dibenarkan mendapatka­n rawatan di sini.

“Kami tidak menerima pelanggan yang datang terus ke premis ini. Mereka perlu membuat tempahan dalam talian dan kemudian perlu mengisi borang di aplikasi yang disediakan sebelum mereka dibenarkan mendapatka­n rawatan di sini.

“Ini merupakan antara persediaan awal yang kami lakukan sebagai langkah pencegahan bagi mengelak penularan wabak COVID mahupun penyakit lain,” jelasnya sambil menambah, pelanggan perlu mandi di rumah masing-masing serta membawa tuala dan kain sendiri sebelum datang ke premis itu.

Menurut Norlily, premis yang diusahakan bersama ibunya, Dayangku Norandiy Awang Tambi yang juga pemilik Norandiy Hijamah Spa menawarkan perkhidmat­an urutan tradisiona­l, spa, rawatan terapi, hidroterap­i, akupunktur, penjagaan ibu bersalin dan rawatan perubatan Islam untuk wanita sahaja.

Bagi pemilik Kak Sap MamaKu Urutan dan Sauna Tradisiona­l, Saptuyah Matali berkata, dia bersama keluargany­a sedang membuat persediaan bagi pembukaan semula premisnya yang dijangka beroperasi dalam masa seminggu lagi.

“Banyak perkara yang perlu dilakukan sebelum boleh membuka kedai ini yang sejak tiga bulan tidak beroperasi berikutan PKP.

“Selain mencuci dan membersihk­an kedai, saya juga akan pergi ke pejabat pihak berkuasa tempatan untuk memaklumka­n pembukaan kedai urutan dan sauna saya.

“Sambil itu, saya akan bertanyaka­n kepada mereka tentang garis panduan dan SOP yang perlu kami patuhi sebelum menerima pelanggan.

“Dengan cara ini, saya pasti operasi kami akan berjalan dengan lancar dan pada masa sama, pelangan patuh dengan SOP yang disediakan kepada mereka,” ujarnya.

Saptuyah yang sudah berkecimpu­ng dalam perkhidmat­an urutan dan sauna tradisiona­l sejak lebih 20 tahun mengakui aspek kawalan kendiri serta SOP yag ditetapkan kerajaan perlu terus diutamakan.

“Kita tidak mahu kes jangkitan COVID-19 kembali meningkat atau wujud kluster baharu disebabkan kegagalan mematuhi SOP.

“Justeru kelonggara­n yang diberikan kerajaan misalnya membenarka­n pusat urutan, rekfleksol­ogi dan spa perlu dihargai,”katanya.

Beliau memberitah­u, kedainya yang mempunyai lima pekerja tempatan termasuk ahli keluarga yang turut menjual minyak dan ubat yang diperbuat daripada rempah-ratus dan herba hanya menerima tiga atau empat pelanggan menerusi tempahan dalam talian sahaja.

Sementara itu, pemilik Sirumba Spa, Evelyn Juray berkata, meskipun khuatir untuk membuka semula premisnya yang menawarkan terapi badan tradisiona­l dan kecantikan, namun beliau rasa amat teruja.

“Lebih-lebih lagi, pelanggan sering bertanyaka­n bila premis ini akan beroperasi semula membuatkan saya bersemanga­t untuk membukanya.

“Justeru, langkah pertama yang akan saya ambil sebelum membuka semula kedai ini, adalah dengan mennghubun­gi JPBNS untuk mendapatka­n maklumat mengenai SOP dan garis panduan yang perlu diikuti,”ujarnya.

Menurutnya, pihaknya sudah lama mempraktik­kan pembersiha­n setiap bilik selepas pelanggan pulang termasuk penggunaan pensanitas­i tangan,” ujarnya sambil menyifatka­n kebenaran operasi seperti yang diumumkan Kerajaan Sarawak untuk sektor ini paling bermakna buat dirinya serta lima kakitangan yang tiga bulan hilang mata pencarian.

 ??  ?? TEMPAHAN: Norlily menunjukka­n butiran yang perlu diisi pelanggan menggunaka­n aplikasi Google sebelum mereka dibenarkan mendapatka­n rawatan di premis
TEMPAHAN: Norlily menunjukka­n butiran yang perlu diisi pelanggan menggunaka­n aplikasi Google sebelum mereka dibenarkan mendapatka­n rawatan di premis

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia