Utusan Borneo (Sarawak)

Kho sokong kajian undang-undang pembulian siber secara terperinci

-

KUCHING: Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kho Teck Wan menyokong kajian undang-undang untuk pembulian siber dijalankan secara terperinci kerana banyak mengorbank­an nyawa pelbagai peringkat umur saban tahun.

Tambah beliau, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil inisiatif yang betul apabila melantik Multimedia University (MMU) mengkaji undang-undang anti-buli siber.

“Buli memberi kesan yang mendalam terhadap mangsa dari segi emosi dan psikologi dan menerusi kajian ini nanti, hukuman yang setimpal boleh dilaksanak­an kerana mereka yang melakukann­ya juga adalah penjenayah.

“AmandaTodd­membunuh diri pada usia 15 tahun pada tahun 2012 setelah dibuli di sekolah dan menerusi dalam talian.

“Kematianny­a mencetuska­n perbincang­an mengenai perlunya jenayah buli siber dikaji di Kanada.

“Kenneth Weishuhn membunuh diri pada usia 14 tahun pada 2014 kerana merupakan seorang homoseksua­l dan dibuli melalui Facebook dan mesej di telefon bimbitnya.

“Rehteah Parsons dirogol dan video jenayah itu dimuat naik oleh orang yang melakukan perbuatan jenayah itu.

Dia membunuh diri pada 2013 pada usia 17 tahun kerana kejadian tersebut,” katanya yang menjadi contoh kepada pembulian siber yang berlaku di seluruh dunia kelmarin.

Walaupun sekarang ini medium berkomunik­asi lebih pantas dan berkesan dengan bantuan rangkaian sosial dan media sosial dalam talian.

Namun, teknologi itu juga memperkena­lkan saluran lain untuk penjenayah melakukan jenayah.

“Tanpa ada undang-undang berkaitan siber di Malaysia bermaksud penjenayah itu mungkin dapat melarikan diri daripada jenayah yang mereka lakukan,” tegasnya.

Tegasnya, pembuli merupakan pengecut yang bersembuny­i di sebalik peranti teknologi menggunaka­n pengenalan palsu dan menjadikan kegiatan jenayah siber itu amat kompleks untuk di kesan.

Kemahiran dan penubuhan sebuah unit khas dalam pasukan polis untuk bekerjsama dengan Cybersecur­ity Malaysia yang khusus untuk menyiasat jenayah siber menjadi keperluan yang paling genting sekarang ini.

“Sarawak khususnya kurang dalam bidang ini. Justeru berharap kerajaan negeri akan melihat perkara ini dengan lebih serius dan segera,” ujarnya.

Beliau turut mendesak agar pelaku jenayah siber dihukum berat setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan itu.

Baru-baru ini, SKMM telah melantik MMU untuk menjalanka­n satu kajian khusus untuk undang-undang anti-buli siber yang akan mengambil masa enam bulan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menjelaska­n dalam kenyataann­ya sebelum ini, bahawa tidak terdapat sebarang undang-undang yang telah dilaksanak­an berikutan pembulian siber.

Bagaimanap­un menerusi MMU tegasnya, pihaknya telah bekerjasam­a untuk melaksanak­an kempen literasi pengguna media digital kepada rakyat Malaysia untuk menggunaka­n peranti mereka dengan betul dan mengetahui hak masing-masing.

 ??  ?? KHO
KHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia