Utusan Borneo (Sarawak)

Memulihara habitat semula jadi dan hidupan sungai menerusi Sistem Tagang

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

semula jadi dan habitat asal di sesebuah penempatan terutama sungai perlu dipelihara sepenuhnya bagi memastikan spesies ikan menghuni sungai terbabit terus kekal terjaga sebagai sumber makanan sekali gus membawa kesan baik kepada alam sekitar dan kehidupan penduduk mendiami kawasan itu.

Keadaan itu antara diusahakan oleh Jabatan Pertanian melalui pelaksanaa­n Projek Sistem Tagang dengan menyedia serta membekalka­n benih-benih ikan kepada penduduk untuk dilepaskan ke habitat sungai berdekatan kawasan penempatan mereka.

Langkah itu dilaksanak­an di Sungai Sekabai Rumah Antau, Bukit Tembawai Jipun, Jalan Hulu Sebauh oleh Jabatan Pertanian Bahagian Bintulu dengan pelepasan anak-anak ikan ke dalam sungai terbabit secara lancar dan jayanya.

Mengupas lanjut projek itu, Tuai Rumah Antau Nabau, 51, berkata projek di bawah Jabatan Pertanian Bintulu amat baik bukan sahaja dapat mengekalka­n beberapa spesies ikan tidak pupus malah memulihara serta menjaga ekosistem sungai.

“Ia juga meningkatk­an hasil dan sumber ikan sungai diperlukan oleh pendudukpe­nduduk terbabit,” katanya kepada Utusan Borneo mengenai projek dilaksanak­an tersebut.

Projek itu turut disifatkan amat membantu penduduk untuk mengekalka­n sumber makanan daripada hidupan sungai secara berterusan dalam tempoh jangka masa panjang.

Menurutnya, sebanyak 10,000 ekor anak ikan Lampam Jawa dilepaskan di Sungai Sekabai itu sebagai satu antara projek julung kalinya diadakan di kawasan tersebut.

“Harapan saya melalui projek ini ialah memastikan sungai-sungai kita sentiasa terjaga dan terpelihar­a serta tidak tercemar. Saya turut berharap projek ini berjaya dan memberi manfaat kepada penduduk setempat sekitar 200 orang,” ujarnya.

Senada dengan harapan itu, Penolong Pegawai Perikanan Kanan Kairulniez­a Waynie berkata Projek Sistem Tagang Sungai Sekabai Rumah Antau itu merupakan projek baharu dilaksanak­an oleh Jabatan Pertanian di daerah Sebauh.

Katanya, projek bermula pada 2019 bagi kategori Projek Tagang Baharu melibatkan 28 ahli projek dengan bantuan permulaan sejumlah RM10,000 daripada Bahagian Perikanan Darat Jabatan Pertanian Sarawak diberikan kepada peserta. “Bantuan itu berbentuk input peralatan, papan tanda serta makanan ikan bagi peringkat awal manakala benihbenih ikan tempatan diberi secara percuma seperti Ikan Lampam Jawa, Tengadak dan beberapa spesies tempatan lain.

“Ini bertujuan menambah stok ikan semula jadi di sungai itu agar dapat dijaga oleh ahli-ahli tagang secara bergilir-gilir,” katanya mengulas lanjut mengenai projek tersebut.

Kairul berkata, objektif utama Projek Tagang bukan sahaja menjaga kelestaria­n sungai malah membantu meningkatk­an ekonomi ahli-ahli tagang terlibat melalui sistem ternakan ikan dalam sungai secara terkawal.

“Ikan-ikan dilepas dalam sungai diberi makan secara berkala untuk tumbesaran sehingga pada saiz tertentu boleh dituai mengikut Zon Tagang ditentukan pada lubuk-lubuk sungai terpilih,” jelasnya.

Menurutnya, hasil tuaian daripada Zon Tagang (Zon Hijau) dibahagika­n secara sama rata kepada ahli-ahli bagi menambahka­n pendapatan keluarga mereka.

Beliau berkata, projek Agricultur­e Facilitati­on Fund (AFF)diperuntuk­kan khusus setiap wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk dilaksanak­an dengan setiap kawasan diperuntuk­kan RM1 juta.

“Projek AFF di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak merangkumi keseluruha­n penduduk yang juga peserta di kawasan DUN Jepak dari Serupai hingga ke kawasan Silas/Segan di Jalan Hulu Sebauh,” katanya.

Jelasnya, Projek Infra Jalan Ladang pula pelaksanaa­n bantuannya menyusul secara berperingk­at di DUN Jepak.

“Masyarakat petani, penternak dan nelayan berterima kasih kepada Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)

Jepak Datuk Talib Zulpilip atas inisiatif merancakka­n ekonomi berasaskan pertanian untuk penduduk di kawasannya terutama dalam keadaan terkesan dengan COVID19,” jelasnya.

Menurutnya, golongan nelayan pula program Bantuan Musim Tengkujuh Nelayan (BMTN) sedang berjalan dan Bantuan Input Peralatan Perikanan Nelayan (BIPPN) juga dilaksanak­an untuk membantu pembelian bot, enjin perahu, peralatan pukat nelayan darat dan laut berdaftar.

 ??  ?? PELEPASAN: Kairul (kanan) dan TR Antau (kiri) melepaskan anak-anak ikan Lampam Jawa di Sungai Sekabai.
PELEPASAN: Kairul (kanan) dan TR Antau (kiri) melepaskan anak-anak ikan Lampam Jawa di Sungai Sekabai.
 ??  ?? BANTU: Kairul turut sama melepaskan anak-anak ikan di Sungai Sekabai.
BANTU: Kairul turut sama melepaskan anak-anak ikan di Sungai Sekabai.
 ??  ?? PROJEK TAGANG: TR Antau (dua kanan dalam perahu kedua) membawa benih ikan bersama penduduk dan kakitangan Jabatan Pertanian dilepaskan di Sungai Sekabai.
PROJEK TAGANG: TR Antau (dua kanan dalam perahu kedua) membawa benih ikan bersama penduduk dan kakitangan Jabatan Pertanian dilepaskan di Sungai Sekabai.
 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB: TR Antau (kanan) melepaskan anak-anak ikan dalam Sungai Sekabai.
TANGGUNGJA­WAB: TR Antau (kanan) melepaskan anak-anak ikan dalam Sungai Sekabai.
 ??  ?? PEMULIHARA­AN: Penduduk membawa benih-benih ikan dilepaskan di satu tempat dikenal pasti di Sungai Sekabai.
PEMULIHARA­AN: Penduduk membawa benih-benih ikan dilepaskan di satu tempat dikenal pasti di Sungai Sekabai.
 ??  ?? SUMBER: Benih-benih ikan sedia dibawa dan dilepaskan di Sungai Sekabai.
SUMBER: Benih-benih ikan sedia dibawa dan dilepaskan di Sungai Sekabai.
 ??  ?? SUMBER MAKANAN: Ikan Lampam Jawa menghuni Sungai Sekabai.
SUMBER MAKANAN: Ikan Lampam Jawa menghuni Sungai Sekabai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia