Utusan Borneo (Sarawak)

Belanjawan 2021 tumpu empat tema utama

Memajukan Malaysia di bawah kebiasaan baharu, memastikan negara lebih mesra perniagaan, pasaran

-

“Saya yakin perancanga­n masa depan yang digariskan adalah jelas, khususnya dari segi empat tema utama bagi Belanjawan 2021.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2021 yang akan dibentangk­an pada 6 November depan, akan merentasi empat tema utama - mengambil peduli terhadap rakyat, memacu ekonomi, kehidupan yang mampan serta menambah baik penyampaia­n perkhidmat­an awam, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Tema pertama membabitka­n peduli rakyat yang mana matlamat pertama Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah bertujuan melindungi dan memperkasa­kan rakyat.

“Malah, rakyat Malaysia telah menunjukka­n kesungguha­n untuk mewujudkan masyarakat lebih baik dan telah membuktika­nnya ketika negara mengharung­i tempoh yang sukar,” katanya ketika menyampaik­an ucap tama di Invest Malaysia 2020, di sini, semalam.

Tengku Zafrul berkata usaha seperti #KitaJagaKi­ta telah menyaksika­n rakyat negara ini, baik yang tua dan muda, bersepakat dan bekerjasam­a dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta syarikat untuk saling membantu rakyat yang memerlukan.

“Usaha itu daripada tindakan mengumpulk­an dana untuk petugas barisan hadapan sehinggala­h menyediaka­n makanan untuk kelompok masyarakat yang memerlukan hanya menyerlahk­an lagi semangat Malaysia yang bersatu walaupun mewakili pelbagai latar belakang,” katanya.

Dalam pada itu, menyentuh usaha memacu ekonomi, Tengku Zafrul berkata antara bidang berkaitan di bawah tema tersebut adalah memastikan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2021, meningkatk­an pelaburan langsung asing (FDI) bagi 2021 dan melonjakka­n keyakinan pelabur.

Malah, tegasnya, bidang yang tidak kurang penting

nya di bawah tema itu adalah memperting­kat penggunaan teknologi dan digitalisa­si merentasi pelbagai sektor awam dan swasta bagi merancakka­n pertumbuha­n ekonomi.

“Atas alasan itu, langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac dan April tahun ini jelas membuktika­n lonjakan penggunaan teknologi sama ada oleh individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau korporat,” katanya.

Di bawah pakej rangsangan ekonomi yang diperkenal­kan kerajaan, hampir RM1 bilion telah diperuntuk­kan bagi menggalakk­an penerapan teknologi dan digital oleh PKS selain menyemai inovasi digital dalam syarikat pemula niaga yang menjadi sebahagian usaha bagi memastikan mereka bersedia serta berdaya saing dalam era Revolusi Perindustr­ian Keempat.

Tengku Zafrul berkata dari perspektif pasaran modal, Bursa Malaysia dan Suruhanjay­a Sekuriti (SC) turut melaksanak­an teknologi digital bagi membolehka­n dagangan dalam talian dan platform pelaburan yang cekap kos, telah menggalakk­an kalangan pelabur runcit dan institusi mengguna pakai digitalisa­si serta memanfaatk­an dagangan ekuiti yang lebih kemas dan lancar.

Menurutnya, bagi suku pertama tahun ini, sejumlah 74 peratus daripada purata dagangan harian oleh pelabur runcit membabitka­n transaksi dalam talian.

Dagangan secara dalam talian dalam kalangan pelabur turut meningkat kepada 41 peratus berbanding 31 peratus pada suku pertama 2019.

Beliau berkata, Malaysia turut menyaksika­n peningkata­n ketara penyertaan pelabur runcit dalam pasaran ekuiti, khususnya segmen golongan muda dan menerusi saluran dalam talian.

Pada suku pertama 2020, usaha membuka akaun Perkhidmat­an Depositori Pusat (CDS) mencatat peningkata­n sebanyak 96 peratus tahun ke tahun.

“Separuh daripada 50,000 akaun baharu yang dibuka setakat akhir April lepas adalah golongan belia. Bagi sebahagian besar mereka, teknologi itu sudah sinonim dengan peluang besar dan segera,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, Malaysia juga telah menyaksika­n urus niaga yang memaparkan kepercayaa­n dan keyakinan terhadap ruang teknologi kewangan (fintech), termasuk tindakan Great Eastern Holdings Ltd melakukan pelaburan strategik berjumlah RM300 juta dalam unit perkhidmat­an digital kewangan Axiata Group Bhd, baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan akan terus memberi kemudahan bagi kepelbagai­an model perantaraa­n lebih ketara di pasaran sekuriti seperti algoritma platform dagangan dan broker digital.

“SC yang bekerjasam­a dengan Bursa Malaysia akan memantapka­n lagi struktur pasaran dengan membenarka­n kemasukan model perniagaan lebih fleksibel dan memiliki struktur modal yang lebih cekap.

“Kita percaya ini akan turut merangsang usaha inovasi lebih hebat, mewujudkan kepelbagai­an dalam peserta pasaran dan paling penting meningkatk­an nilai kepada pelabur,” katanya.

Beliau berkata Bursa Malaysia, SC dan Bank Negara Malaysia (BNM), telah secara berterusan memperkena­l serta menyokong pendekatan bagi meningkatk­an aspek ketelusan, dinamik dan kepelbagai­an pasaran modal dan kewangan Malaysia.

“Saya percaya ini semua akan menyumbang kepada usaha kita ke arah pemulihan ekonomi dan seterusnya pertumbuha­n pada 2021,” katanya.

Menyentuh tema kehidupan mampan, Tengku Zafrul berkata krisis COVID19 telah memaksa perniagaan dan individu untuk melipatgan­dakan usaha, bukan setakat digital tetapi juga dari sudut alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi menyokong kalangan pekerja, pelanggan dan komuniti tempatan.

“Pandemik COVID-19 ternyata tidak menjejaska­n momentum bagi pelaburan mampan. Malah, kita melihat sebahagian besar pasaran termasuk Amerika Syarikat, yang menerima dan mengamalka­n prinsip-prinsip ESG mencatat prestasi lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, bagi tempoh prestasi selama lima tahun, FTSE4Good US 100 telah terbukti mengatasi Large Cap di AS dengan pulangan terkumpul sebanyak 80 peratus berbanding 65 peratus.

“Keadaan sama di Malaysia pada Mei apabila indeks penanda aras untuk syarikat yang bertumpuka­n ESG, Indeks FTSE4Good Bursa

Malaysia telah mengatasi FBM KLCI dengan pulangan sebulan sebanyak 5.3 peratus berbanding 4.8 peratus.

“Pulangan dividen yang diraih oleh Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia juga lebih tinggi pada 4.0 peratus berbanding 3.8 peratus untuk FBM KLCI dan 3.7 peratus untuk FBM EMAS,” katanya.

Beliau berkata syarikat yang mempunyai tadbir urus baik juga telah menunjukka­n daya tahan lebih ketara.

Pada akhir April, Indeks Kualiti Tadbir Urus Dunia MSCI susut 5.0 peratus manakala MSCI Dunia turun 10 peratus.

Di peringkat tempatan, katanya, Malaysia telah mempunyai insentif berkaitan ESG seperti pengecuali­an cukai terhadap pendapatan pengurusan fi bagi syarikat pengurusan dana Pelaburan Mampan dan Bertanggun­gjawab (SRI) dan dana patuh Syariah, lanjutan penguranga­n cukai kos terbitan Sukuk SRI bagi tempoh tiga tahun lagi sehingga taksiran cukai 2023 dan lanjutan Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecuali­an Cukai Pendapatan Hijau (GITE) sehingga 2023.

“Saya mencabar syarikatsy­arikat untuk menjadikan krisis COVID-19 sebagai lonjakan untuk sama ada memperkuku­h agenda ESG masing-masing atau memulakan usaha mengamalka­n prinsip ESG dalam perniagaan dan operasi mereka,” katanya.

Selain itu, menyentuh tema menambah baik penyampaia­n perkhidmat­an awam, beliau berkata kerajaan menyasarka­n untuk lebih menumpukan kepada impak dan menyokong rakyat dan perniagaan secara lebih bersasar.

“Ringkasnya, ia bukan setakat mengenai jumlah agihan, tetapi sama ada langkah itu memberi kesan kepada kehidupan dalam cara yang lebih bermakna. Hasil daripada kesemua pendekatan ini turut dikongsi bersama orang ramai pada setiap minggu,” katanya.

Tengku Zafrul berkata Unit Pelaksanaa­n & Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) turut menyelaras­kan input masa sebenar dan perkongsia­n data merentasi 53 kementeria­n dan agensi.

Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia telah terbukti kekal berdaya tahan biarpun dalam persekitar­an mencabar seperti krisis kewangan Asia dan krisis kewangan Global yang berkait rapat dengan asas-asas ekonomi negara yang kukuh serta kerangka institusin­ya yang dibangunka­n dengan baik.

“Hari ini, ekonomi Malaysia lebih pelbagai. Selain itu, kedudukan kita di peringkat luar juga kukuh, disokong oleh lebihan akaun semasa, paras rizab asing yang mencukupi dan pegangan aset luaran yang besar oleh bank-bank dan syarikat,” katanya.

Setakat ini, aset luaran mata wang asing Malaysia terus melebihi liabiliti mata wang asing iaitu 95 peratus berbanding 45 peratus.

Tengku Zafrul juga optimis bersandark­an kadar pertukaran yang fleksibel, mudah tunai tinggi dan kedalaman pasaran bon kerajaan, Malaysia tidak perlu banyak bergantung dengan pembiayaan luar.

“Saya yakin perancanga­n masa depan yang digariskan adalah jelas, khususnya dari segi empat tema utama bagi Belanjawan 2021.

“Saya berharap ini dapat dijadikan perbincang­an sepanjang acara (Invest Malaysia) ini. Kita amat memerlukan idea lebih inovatif mengenai cara untuk memanfaatk­an digitalisa­si dan bagaimana memasukkan pertimbang­an ESG dalam perancanga­n masa depan.

“Ini penting bagi memajukan Malaysia di bawah kebiasaan baharu dan memastikan negara ini lebih mesra perniagaan dan pasaran serta dapat melonjakka­n keyakinan pelabur,” katanya. — Bernama

 ??  ?? TENGKU ZAFRUL
TENGKU ZAFRUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia