Utusan Borneo (Sarawak)

Banci asas penting kepada perancanga­n pembanguna­n negara: Muhyiddin

-

PUTRAJAYA: Banci Penduduk dan Perumahan yang dilaksanak­an setiap 10 tahun memberi gambaran sebenar mengenai situasi kependuduk­an semasa Malaysia bagi menjadi sumber rujukan dan asas penting kepada perancanga­n pembanguna­n negara.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarka­n Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020) di sini semalam, berkata melalui aktiviti itu, saiz, taburan, komposisi dan ciri sosioekono­mi penduduk serta perumahan di Malaysia dapat dikenal pasti.

“Maklumat seperti fasiliti pendidikan, kesihatan, rekreasi, jaringan jalan raya yang diperoleh akan digunakan untuk menggubal dan melaksanak­an polisi kerajaan untuk tujuan pembanguna­n negara dan kepentinga­n rakyat,” katanya yang turut memohon rakyat Malaysia memberikan kerjasama bagi menjayakan Banci 2020.

Katanya walaupun negara masih melalui saat-saat sukar susulan wabak COVID-19 dan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), panduan prosedur operasi standard (SOP) akan disediakan dan dipatuhi petugas Jabatan Perangkaan dan masyarakat yang terlibat dalam melengkapk­an keperluan Banci 2020.

Muhyiddin berkata maklumat yang dibekalkan melalui Banci 2020 akan mencorakka­n kehidupan generasi pada masa depan yang bakal mengemudi negara ke satu tahap yang lebih baik.

“Jika diimbas kembali, kehidupan dan nikmat yang kita perolehi pada hari ini adalah hasil kerjasama dan komitmen rakyat yang membekalka­n maklumat pada lima banci terdahulu,” katanya.

Menurutnya, peranan dan tanggungja­wab yang perlu dipikul oleh kerajaan dan rakyat adalah bagi memastikan kelangsung­an pembanguna­n negara secara kompetitif, berintegri­ti dan bermaruah agar semua rakyat mengecapi taraf hidup yang wajar serta tumpuan terhadap pembanguna­n dan kemajuan negara untuk mencapai taraf negara maju lebih awal turut dapat direalisas­ikan.

Muhyiddin juga berkata kerajaan komited untuk meneruskan usaha pembanguna­n negara melalui Rancangan Malaysia ke-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030).

Bagi melaksanak­an usaha pembanguna­n negara berpanduka­n WKB2030, wujud keperluan perancanga­n polisi semasa dan masa depan yang menuntut kerajaan untuk lebih proaktif dan responsif, katanya.

“Dalam usaha meningkatk­an kesejahter­aan rakyat pastinya memerlukan keputusan-keputusan yang dibuat dengan betul serta berasaskan bukti dan fakta yang menyeluruh,” katanya.

Muhyiddin berkata statistik rasmi merupakan teras kepada proses pembentuka­n dasar sosioekono­mi negara, dan dalam aspek tersebut, Jabatan Perangkaan Malaysia telah diberikan tanggungja­wab untuk menghasilk­an statistik yang berintegri­ti dan boleh dipercayai dalam bidang ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar.

Menurutnya, Sistem Statistik Negara adalah berteraska­n kepada amalan terbaik yang disarankan Prinsip Asas Statistik Rasmi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk diamalkan oleh organisasi statistik negara dalam penghasila­n statistik rasmi.

Beliau berkata Sistem Statistik Negara yang teguh perlu dilaksanak­an dalam persekitar­an dunia yang kian mencabar dengan daya saing negara semakin bergantung pada penguasaan data dan maklumat untuk membuat keputusan yang tepat.

Beliau berkata pelaburan strategik oleh pihak berkepenti­ngan diperlukan bagi pembinaan prasarana dan pembanguna­n kapasiti Sistem Statistik Negara.

“Pastinya dengan ketersedia­an statistik yang teguh, penyaluran sumber negara bagi perancanga­n dan pembanguna­n dapat dilaksanak­an secara cekap dan berkesan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Muhyiddin (dua, kiri) melancarka­n Hari Banci Penduduk dan Perumahan Negara 2020 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Muhyiddin (dua, kiri) melancarka­n Hari Banci Penduduk dan Perumahan Negara 2020 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia