Utusan Borneo (Sarawak)

TEKUN Mobilepren­eur 2.0 sasar bantu 500 penghantar makanan e-hailing jana pendapatan

-

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Mobilepren­eur 2.0 menyasarka­n untuk membantu seramai 500 penghantar makanan (rider) e-hailing dengan maksimum pembiayaan tanpa faedah berjumlah RM10,000 seorang.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata skim dengan peruntukan keseluruha­n RM5 juta itu bertujuan untuk pembelian motosikal baharu dan modal pusingan bagi penghantar makanan ehailing yang telah berdaftar dengan syarikat e-hailing.

“MEDAC melalui Tekun Nasional membuka peluang menjana pendapatan kepada golongan hilang pekerjaan akibat wabak COVID-19 untuk menjadi gig worker atau rider yang melibatkan anak muda yang memainkan peranan dalam pembanguna­n negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Tekun Mobilepren­eur di sini, semalam.

Seramai 48 penghantar makanan e-hailing berminat menyertai TEKUN Mobilepren­eur 2.0 dan lima permohonan telah diluluskan setakat ini.

Sebelum ini TEKUN Mobilepren­eur 1.0 yang dilancarka­n pada April lepas dengan nilai pembiayaan maksimum tanpa faedah sehingga RM2,000 bertujuan membantu penghantar makanan membaiki motosikal dan memasang aksesori.

Seramai 215 penghantar makanan telah diluluskan permohonan dengan nilai pembiayaan keseluruha­n RM402,000.

Selain itu, TEKUN Nasional juga akan menawarkan pembiayaan Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN mulai 13 Julai dengan pembiayaan mikro sehingga RM10,000 dengan kadar faedah 3.5 peratus setahun.

Dana sebanyak RM100 juta melalui pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) itu bertujuan membolehka­n syarikat mikro memulihkan perniagaan dengan setiap pembiayaan akan diberi tempoh moratorium selama enam bulan.

Sementara itu, Wan Junaidi mencadangk­an agar satu kajian dijalankan bagi membolehka­n rider e-hailing menubuhkan koperasi dan membentuk konsortium dengan syarikat e-hailing.

“Jadi akhirnya mereka (penghantar makanan) tidaklah sepanjang hidup dia jadi rider sahaja, dia akan jadi ahli koperasi dan bergerak mendapat keuntungan bersama,” katanya, menambah menerusi cara itu penghantar makanan terbabit dapat membeli perlindung­an insurans peribadi dan tidak bergantung kepada insurans perlindung­an kelompok yang disediakan syarikat e-hailing. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Dr Wan Junaidi (tengah) menaiki motosikal penghantar makanan Food Panda ketika Majlis Pelancaran Program TEKUN Mobilepren­eur di Lobi Menara Kembar Bank Rakyat semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Dr Wan Junaidi (tengah) menaiki motosikal penghantar makanan Food Panda ketika Majlis Pelancaran Program TEKUN Mobilepren­eur di Lobi Menara Kembar Bank Rakyat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia