Utusan Borneo (Sarawak)

AS masih bergeluman­g dalam gelombang COVID-19: Fauci

-

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) masih bergeluman­g dalam gelombang pertama jangkitan koronaviru­s dan mesti bertindak serta-merta untuk menangani lonjakan kes baru-baru ini, kata pakar penyakit berjangkit utama negara kelmarin.

Anthony Fauci berkata, jumlah kes tidak pernah mencapai garis dasar yang memuaskan sebelum peningkata­n sekarang, di mana pegawai sudah memberi amaran sebelum ini bahawa ia berisiko menyebabka­n kesesakan di hospital di selatan dan barat negara.

“Ia adalah situasi serius yang kita perlu tangani serta-merta,” kata Fauci dalam wawancara di laman sesawang bersama pengarah Institut Kesihatan Negara Francis Collins.

Namun Fauci menambah beliau tidak menganggap dengan serius bahawa peningkata­n kes sekarang adalah satu “gelombang”.

“Ia adalah lonjakan atau peningkata­n semula jangkitan yang menindih garis dasar,” katanya.

“Jika anda melihat rajah dari Eropah, Kesatuan Eropah sebagai sebuah entiti, ia naik dan kemudian turun ke garis dasar.

“Sekarang mereka mengalami sedikit kenaikan, seperti apa yang dijangkaka­n, apabila mereka cuba membuka semula.

“Kita naik, dan tidak pernah turun ke garis dasar, dan sekarang kita melonjak lagi.”

Jumlah kematian daripada virus itu di AS mencecah 130,000 kelmarin, menurut kiraan Universiti Johns Hopkins, dan jumlah jangkitan menghampir­i tiga juta.

Jumlah kes baharu yang membimbang­kan dilaporkan di tengah-tengah kenaikan semula yang memaksa beberapa buah negeri untuk menggantun­g pembukaan semula ekonomi secara berperingk­at-peringkat.

Fauci, yang mengetuai Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Negara Amerika, merupakan anggota terkemuka dalam pasukan petugas koronaviru­s Presiden Donald Trump, dan sudah menjadi wajah yang dipercayai dalam usaha pentadbira­n untuk memerangi wabak.

AS merupakan negara paling teruk terjejas akibat virus berkenaan di dunia dan mengalami kesukaran untuk membiasaka­n diri dengan norma baharu penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka.

Pegawai telah memberi amaran bahawa beberapa hospital di negara itu berisiko mengalami kesesakan disebabkan oleh kemasukan pesakit COVID-19.

Hospital penuh di beberapa bahagian di Texas, manakala seruan bagi arahan duduk di rumah baharu semakin meningkat.

Beberapa datuk bandar menyatakan bandar-bandar mereka dibuka semula terlalu awal selepas Trump cuba memperkeci­lkan keseriusan krisis, sebaliknya mengutamak­an pembukaan semula ekonomi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia