Utusan Borneo (Sarawak)

Trak terbakar di Colombia, tujuh maut

-

BOGOTA: Sekurangku­rangnya tujuh orang maut dan puluhan lagi cedera selepas kandungan dari sebuah lori tangki yang terbalik meletup dalam bebola api di utara Colombia, kata polis kelmarin.

Puluhan orang berkumpul di sekitar lori tangki tersebut selepas ia terbalik dan cuba mengalirka­n keluar bahan bakar apabila ia terbakar, seterusnya menyebabka­n kebakaran besar, kata polis.

“Kami percaya sekurangku­rangnya tujuh orang rentung dalam nahas tragik ini,” kata Fabian Ospino, datuk bandar Pueblo Viejo, di mana nahas itu berlaku, dalam video yang dipamerkan dalam media sosial.

Polis tempatan seterusnya mengesahka­n letupan itu telah membunuh tujuh orang dan menyebabka­n 49 orang lagi mengalami kelecuran.

Nahas itu berlaku di jalan antara bandar Barranquil­la dengan bandar Santa Marta di pantai Caribbean Colombia.

“Ada orang yang mengalami kelecuran 90 peratus,” kata Carlos Caicedo, selaku gabenor daerah tempatan Magdalena, yang menambah usaha sedang dijalankan untuk membawa mangsa yang mengalami kelecuran serius ke hospital pakar.

“Kita bekerjasam­a dengan tentera udara bagi penerbanga­n perubatan untuk membolehka­n pesakit dihantar ke bandar lain di mana mereka ada wad kelecuran.

“Jangan lupa di Magdalena tiada wad kelecuran,” kata Caicedo.

Presiden Ivan Duque dalam satu acara di Bogota, menghantar mesej solidariti kepada keluarga mangsa dan simpati dengan situasi mereka.

Khidmat hospital di Barranquil­la, kira-kira 45 kilometer dari tempat kejadian nahas, dilaporkan hampir tepu disebabkan wabak COVID-19 di salah sebuah wilayah paling teruk terjejas di Colombia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia