Utusan Borneo (Sarawak)

Gempa bumi dengan magnitud 6.6 luar pantai Pulau Jawa

-

JAKARTA: Gempa bumi dengan magnitud 6-6 berlaku di kawasan pantai Pulau Jawa, Indonesia, awal semalam tetapi tidak menyebabka­n sebarang kerosakan besar, kata Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) dan pihak berkuasa tempatan.

Gempa luar pesisir pantai yang kuat itu berlaku pada kedalaman lebih 500 kilometer sekitar subuh (2254 GMT Isnin).

Pusat gempa adalah kirakira 100 kilometer dari kota Batang di wilayah Jawa Tengah, menurut USGS.

“Potensi tsunami tidak ada dan, setakat ini, tiada laporan diterima mengenai sebarang kerosakan,” kata Rahmat Triyono, selaku jurucakap bagi Agensi Meteorolog­i, Klimatolog­i dan Geofizik Indonesia.

Gempa mendalam cenderung menyebabka­n gegaran yang kurang berbanding gempa lebih cetek, yang mempunyai potensi yang lebih tinggi bagi kemusnahan.

Menurut penduduk, gegaran dirasai di selatan Pulau Jawa sekitar Yogyakarta, ibu kota kebudayaan di negara itu.

“Ya, saya merasai gegaran itu tetapi ia tidak sangat kuat.

“Bagaimanap­un, sangkar burung dalam rumah saya terjatuh,” kata seorang penduduk di Klaten yang berhampira­n, Esti Nuryani.

Dia berkata, gegaran dirasakan seperti datang dari Gunung Merapi yang berdekatan, tetapi semasa keluar berbasikal dia melihat Merapi kelihatan tenang.

Kepulauan Asia Tenggara itu kerap mengalami aktiviti gunung berapi dan gempa bumi ekoran kedudukann­ya di atas Lingkaran Api Pasifik, di mana pelantar tektonik bertembung.

Pada 2018, gempa dengan magnitud 7.5 dan tsunami yang menyusul di Pulau Sulawesi telah menyebabka­n lebih 4,300 orang terkorban atau hilang.

Gempa buruk dengan magnitud 9.1 melanda pantai Sumatra pada 2004, seterusnya mencetuska­n tsunami yang mengorbank­an 220,000 orang di seluruh rantau berkenaan, termasuk kirakira 170,000 di Indonesia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia