Utusan Borneo (Sarawak)

Bolsonaro diuji setelah tunjukkan gejala COVID-19

-

BRASILIA: Presiden Brazil Jair Bolsonaro, yang selama ini memperkeci­lkan risiko yang ditimbulka­n oleh koronaviru­s, kelmarin berkata beliau telah menjalani saringan selepas beliau menunjukka­n gejala termasuk demam.

Bolsonaro memberitah­u CNN Brazil bahawa beliau telah menjalani pemeriksaa­n sinar-x ke atas paru-parunya di sebuah hospital tentera sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau juga berkata mengambil ubat hidroksikl­orokuin sebagai langkah pencegahan.

Media tempatan berkata Bolsonaro, 65, sudah mengosongk­an jadualnya untuk minggu ini.

“Kesihatan presiden bagus buat masa sekarang dan berada di kediamanny­a,” pejabatnya menyebut dalam satu kenyataan.

Sejak permulaan wabak virus, Bolsonaro telah memperkeci­lkan risiko bagi apa yang beliau pada mulanya panggil selesema kecil dan melanggar peraturan penjarakan sosial serta langkah kawalan, seperti memakai pelitup muka di khalayak ramai.

Brazil merupakan negara kedua paling teruk terjejas di dunia akibat pandemik, dengan lebih 65,000 kematian dan sekurang-kurangnya 1.6 juta kes.

Bolsonaro sebelum ini pernah menjalani saringan sebanyak tiga kali, kesemuanya kembali negatif.

Kelmarin, pemimpin haluan kanan itu membuat lebih banyak perubahan untuk melemahkan undang-undang yang mewajibkan warga negara untuk memakai pelitup muka di khalayak ramai.

Beliau sudah melemahkan rang undang-undang berkenaan pada Jumaat lepas apabila beliau menggunaka­n kuasa veto ke atas beberapa perkara, seperti mewajibkan majikan untuk membekalka­n pelitup muka bagi kakitangan mereka selain satu lagi yang menyatakan pihak berkuasa awam harus menyediaka­n pelitup muka bagi ‘orang yang lemah ekonomi’.

Sekarang Bolsonaro turut menggunaka­n kuasa veto ke atas perkara yang mewajibkan pelitup muka dipakai dalam penjara dan satu lagi yang mewajibkan perniagaan untuk memberi maklumat tentang cara untuk memakai pelitup muka dengan betul.

Beberapa buah negeri sudah pun mewajibkan pemakaian pelitup muka, tetapi ini merupakan undang-undang pertama seumpamany­a pada peringkat kebangsaan.

Pada Sabtu lepas, Bolsonaro menerbitka­n gambar dalam media sosial di mana beliau tidak memakai pelitup muka ketika makan tengah hari bersama duta Amerika Syarikat dan beberapa orang menteri yang meraikan hari cuti 4 Julai.

Memandangk­an beliau berada di kediaman persendiri­an, beliau tidak melanggar undang-undang baharu – tetapi ia tidak melepaskan­nya daripada kritikan demi kritikan dalam talian kerana tidak menunjukka­n contoh yang baik. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DISYAKI: Gambar serahan Pejabat Presiden Brazil menunjukka­n Bolsonaro tersenyum semasa sidang kemuncak pertama Mercosur yang diadakan secara sidang video dari Brasilia, 2 Julai lalu.
— Gambar AFP DISYAKI: Gambar serahan Pejabat Presiden Brazil menunjukka­n Bolsonaro tersenyum semasa sidang kemuncak pertama Mercosur yang diadakan secara sidang video dari Brasilia, 2 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia