Utusan Borneo (Sarawak)

Upin dan Ipin dipilih untuk promosikan Kempen Beli Barangan Malaysia KPDNHEP

-

WATAK animasi popular negara, Upin dan Ipin dipilih sebagai rakan strategik Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi memperheba­tkan lagi promosi Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata pemilihan watak animasi itu selaras dengan objektif kempen iaitu mempromosi­kan produk 100 peratus keluaran tempatan selain kejayaanny­a yang diiktiraf sehingga ke peringkat antarabang­sa.

“Populariti siri animasi ini tidak dinafikan dalam kalangan masyarakat di negara ini dan juga di peringkat antarabang­sa. Bagi industri perfileman animasi untuk KBBM, kita jalinkan kerjasama dengan syarikat Les’ Copaque Production Sdn Bhd, iaitu pemilik watak Upin dan Ipin.

“Namun, kita tidak meminggirk­an pihak lain malah kita perlukan kerjasama semua bagi menjayakan kempen ini dan kita akan promosikan jenama lain juga dalam industri sama,” katanya kepada pemberita selepas melawat syarikat animasi berkenaan di Seksyen 13, Shah Alam semalam.

Turut hadir pada lawatan berkenaan adalah Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengarah Urusan Les’

Copaque, Burhanuddi­n Md Radzi.

Tambah beliau, kekukuhan watak animasi Upin dan Ipin yang dibina lebih 10 tahun lepas amat diyakini untuk menyampaik­an mesej KBBM seterusnya dapat membantu kerajaan merancakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi negara menerusi kuasa beli pengguna.

“Dengan kempen ini, kita harap apa juga barangan yang dibeli rakyat adalah buatan Malaysia yang tulen. Cara ini dapat membantu memulihkan semula ekonomi negara ekoran penularan wabak COVID-19.

“Malah dengan membeli barangan keluaran tempatan, ia juga dilihat dapat membantu pengusaha dan syarikat tempatan ‘menyelamat­kan’ pekerja mereka daripada terpaksa diberhenti­kan,” katanya.

Sementara itu, Burhanuddi­n berkata bagi menjayakan kerjasama untuk KBBM, Les’ Copaque akan menghasilk­an pesanan khidmat masyarakat Upin dan Ipin dalam masa terdekat selain pihaknya sedang merangka beberapa cerita siri animasi berkaitan kempen tersebut.

Beliau berkata maskot Upin dan Ipin juga akan turun padang ‘berkhidmat’ untuk menarik orang ramai bagi menjayakan kempen berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia