Utusan Borneo (Sarawak)

Al Jazeera, wartawan akan dipanggil polis: KPN

Siasatan berdasarka­n peruntukan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan

-

Kita akan tengok dari sudut undangunda­ng selepas dia menjawab soalansoal­an.

Tan Sri Abdul Hamid Bador

Ketua Polis Negara

PUTRAJAYA: Polis akan memanggil pengendali Al Jazeera dan wartawanny­a yang berkaitan dalam masa terdekat bagi membantu siasatanbe­rhubungdok­umentari agensi berita antarabang­sa itu mengenai cara Malaysia menangani pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata siasatan akan dilakukan menurut beberapa peruntukan undang-undang di bawah

Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

“Kita akan tengok dari sudut undang-undang selepas dia menjawab soalan-soalan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam selepas menghadiri perasmian Hari Banci Penduduk dan Perumahan 2020 oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundanga­n) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalath­rash Wahid semalam mengesahka­n polis telah memulakan siasatan berhubung laporan itu dengan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Al Jazeera sebelum ini menyiarkan dokumentar­i bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap pendatang tanpa izin ketika Malaysia melaksanak­an langkah menangani COVID-19.

Sementara itu, mengenai dakwaan beberapa wakil daripada inisiatif Parlimen Digital telah dihubungi polis selepas mereka menamatkan sidang maya pada 4 Julai lepas, Abdul Hamid berkata semakan dalaman mendapati tiada individu yang dipanggil polis setakat ini.

“Siapa yang rasa dirinya ditindas sila tampil ke depan. Saya nak tahu siapa yang dipanggil, polis mana yang panggil kerana setakat ini selepas disemak tidak ada pihak saya yang memanggil mereka.

“Saya minta kerjasama yang buat aduan untuk tampil ke depan dan jangan bimbang kita akan ambil tindakan yang seadil-adilnya,” katanya.

Abdul Hamid berkata tidak ada tindakan jenayah yang dibuat terhadap sidang maya Parlimen Digital yang digerakkan kumpulan belia tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia